headerphoto

kedondong kerinting

ini dah 2 kali berlaku... dua pokok jadi mangsa...
semasa di bawa pulang dari nurseri pokok cantik sahaja + elok...
selepas di alihkan ke tanah... masuk usia sebulan...
tiba-tiba pokok jadi kerinting...
daun dan pucuk yang keluar semua tak cantik...
puas saya google 'masalah pokok kedondong'...
tapi tak banyak info yg saya dapat... saya buntu...

kebetulan hujung minggu baru ini saya ke nurseri di sungai buluh (beli tanah baja lagi... ;p)
jadi saya tanyakan penjual di situ masalah saya...
katanya ini masaalah anai-anai... pokok saya telah diserang anai-anai...

apa perlu saya buat?...
kata 'dia' :-
buang semua dahan dan daun yang kerinting...
jemur / letak pokok di tempat yang panas - kena matahari penuh sepanjang hari...
selain itu... boleh juga taburkan garam kasar disekeliling pokok... (anggaran jarak hujung pelepah pokok)
 untuk menghalau anai-anai... boleh spray gunakan 'fumakila water base' - kata dia - org nurseri tersebut...

ok... semua langkah di atas saya buat kecuali - spray dgn fumakila water base...
hehehe... yg ni je belum... ;p

3 sahabat taman beri pendapat ...:

baguznet said...

Ada anai-anai? Perkara ini agak merisaukan saya jika berlaku. Kerisauan utama jika selepas kita dpt selamatkan pokok tersebut, rumah pula menjadi sasaran... gulp!

GO GREEN said...

betul tu..tu menandakan kawasan tu byk anai2.. hati-hati, penyerang yg tidak boleh dilihat dgn mata kasar.

Unknown said...

Kuartes yg saya sewa dipenuhi dengan anai2. tak tau pula anai2 penyebab pokok kedondong jadi gini. yang saya tanam tu memang selalu jadi kerinting teruk. baru ni kena serang dah macam nak mati pokok, teruk gile.. last sekali saya nekat, cantas semua batang. kemudian letak baja organik untuk pokok. tak sampai seminggu tunas baru keluar memang banyak dan cantik. kini dah ada yg berbunga. x tau berapa lama boleh bertahan...semoga ada rezeki. InsyaAllah

Post a Comment