headerphoto
Showing posts with label lada besar. Show all posts
Showing posts with label lada besar. Show all posts

lada besar

sebenarnya pokok lada ini en.ejaM saya yang tanam...
tapi pokok ini tidak dijaga baik...
kadang kala dibaja... kadang kala lupa...
paling sedih bila pokok diserang bena... langsung tidak diracun...
saya pun takde alasan kenapa saya biar je...
ok... tapi mmg semua pokok cili saya yg kena serangan bena saya biarkan shj termasuk la pokok cili padi saya... ;p
tapi yang buat saya terharu bila pokok lada ini berusaha juga untuk berbuah... huhuhu... 
touching la pulak... ;p
yeay...stok lada merah sudah datang... tak perlu beli lada lagi dipasar... ;p
lepas ini harus saya bela lebih baik lagi pokok lada ini...

cubaan menanam lada

semasa pameran floria putrajaya yg lepas... suami saya en.ejaM telah membeli benih lada/cili... saya tak pasti jenis variety lada/cili tersebut samaada cili kulai atau lainnya... kami telah cuba menyemai benih tersebut didalam 3 polibeg... pokok cili/lada tersebut membesar dalam tempoh 2 bulan... dan selepas itu ianya telah menhasilkan bunga serta buah...

 masih kecil lagi... belum sesuai dipetik... sabar ye...

ini putik lada yg bermasalah... tak tahu kenapa dia dia terbelah begitu... saya kena extra check ulat penyakit atau serangga perosak yg ada disekitar pokok lada ini hujung minggu nnt... ;p