minggu lepas, tiga hari saya tinggalkan rumah kerana berkursus...
jadi 3 hari juga saya rindukan 'Taman Ramuan' saya...
balik dari kursus 3 hari
pokok kacang telang belajar berbunga... :)
pelepah pokok kelapa milik jiran jatuh dilaman saya...
dan menghempap tanaman kesum... :(
timun mini berputik lagi... :)
pokok kacang panjang renek berebut ruang planter box stephanotis...
haih kaduk naik junjung nampaknya...
asal dia planter box tu memang tempat stephanotis...
kacang panjang renek tu... saya tumpangkan je... nampak gaya skrg dia pula yg lebih ya...
hasil kutipan yang dapat di tuai... :)