headerphoto

ciku siam

semasa membeli pokok ciku tersebut pekerja di nurseri britau ada 2 pilihan pokok ciku... ciku siam atau ciku tempatan... 

ciku siam katanya lebih manis... buah berbentuk lonjong... dan lebih besar... berbanding ciku tempatan buahnya berbentuk bulat...
jadi kami beli ciku siam... semasa membeli pokok mmg sudah mula berputik bunga... bila di tanam kami mmg tunggu dia berbuah...


dah pun ada hasil... tunggu dia masak... ;p

lempoyang

akhirnya tiba juga di laman saya... 
sudah lama saya cari pokok lempoyang ini... almaklum sahaja kalau di kawasan bandar, mana la nak jumpa pokok seperti ini... 

Alhamdulillah... pemberian dari sahabat saya... 

kalau di ikutkan hajat saya... saya ingin tanam pokok-pokok herba yang menjadi kegunaan semasa berpantang... lempoyang juga adalah sebahagian daripada herba yang digunakan di dalam pantang... daunnya dijadikan air rebusan untuk mandian... manakala rizom / ubi lempoyang elok dibuat ulam...