headerphoto

anak cili dah makin tinggi

hi...
lama rasa tak update blog ni...
anak cili yg dalam pasu ni pun dah makin tinggi... tapi saya masih tak sempat nak mengalih anak-anak pokok yang dah semakin membesar... siannye diorg... mesti bekas & tanah tu dah tak mencukupi untuk menampung keperluan...

laman belakang rumah pun masih tak bersedia lagi :(

timun mini

hi...
syukur... berkat dari kerajinan berjalan-jalan... (hehehe... berkat...???)... saya jumpa benih timun mini... horey... horey... rasa-rasa timun mini ni sama cam timun kampung yang dulu-dulu biasa saya jumpa kat kampung... benih ni saya jumpa kat pasaraya Jusco... bole la lepas ni saya semaikan... :)

petang yang sama juga, saya singgah ke pasar malam... jumpa juga timun kampung ni... wah best... beli terus utk ulam makan malam :)

timun kampung ni, saiz dia memang kecil-kecil sahaja, lebih kurang sejengkal, bole jadi tak sampai sejengkal... yang best tentang timun kampung ni ianya lebih rangup drpd timun biasa yang besar-besar tu, kalau dapat lepas petik, terus makan... adui lagi la sedap! rasa ? rasa timun la - lebih rangup tu yang buat dia lebih sedap... :)

benih kacang buncis

hi...

lagi anak benih di tapak semaian saya... :)
ini juga benih yang saya semai pada hujung minggu lepas, gambar ini diambil selepas 4 hari semaian... comelkan tunas dia ni...
ok... ini pula selepas 3 hari... anak pokok pertama sudah tinggi lebih sejengkal, manakala anak pokok ke-2 pun dah naik tunas... yang ke-3 tak tau lagi ape cerita... harap-harap yang ke-3 tu hidup la, sbb kalau dua pokok je, takut nnt bila dah di alih ke batas baru, ada yang tak panjang umur... mau saya sedih...

ok... chiao...