headerphoto

Tembikai adalah Viagra semulajadi

kredit kat blog kumbang jingga...
tapi kita nak juga copy-paste balik... hehehe (gediks la tu...)


Belahan tembikai yang merah menyala,bukan hanya meransang selera tetapi turut meransang ghairah suami isteri.
Para akademik di Texas Amerika Syarikat, menemui kandungan citrulline.sejenis zat yang melancarkan pengaliran darah didalam tubuh yang memberi efek persisviagra.Citrulline berkuasa mengatasi disfungsi ereksi dan meransang produksi senyawa kimia yang membantu merehatkan pembuluh darah.
Zat ini juga baik untuk kesihatan jantung dan kekebalan tubuh apabila bereaksi dengan enzim tubuh.Selain itu,Citrulline juga mampu meransang arginine didalam tubuh.Rangsangan arginine berupaya memicu pengeluaran nitrat oksida yang membuat pembuluh darah menjadi releks seperti efek viagra serta mengatasi dan mencegah disfungsi ereksi.
 
* kawan-kawan... apa tunggu lagi... jom order benih tembikai kat En.Iskandar Tanam Sendiri... mulakan menanam tembikai sekarang... ;p

pegaga

bila tanam dia tak tumbuh cantik...
bila biarkan... subur pula...
ulam pegaga dari jenis pegaga nyonya (berdaun kerinting) yg tumbuh meliar...
tak pasti dari mana datang benihnya... seingat saya dulu saya pernah semaikan pegaga dari akar dia - yg dibeli di pasar tani... tapi rasanya masa beli tu pegaga kampung biasa tu je...

ramai yang geramkan nya...
elok pula dia tumbuh subur... 
yg sebelum ni ditanam dalam pasu habis diratah ulat hijau...

yg ini spesis pegaga gajah... biasanya di blend untuk dijadikan jus...
bukan tak bole dibuat ulam makan begitu sahaja - boleh juga...
tapi daun dia agak keras sedikit...
karang kunyah punya kunyah - dah rupa cam kambing pulak... kikiki... jangan marah...

pegaga gajah ni menyeberang secara haram masuk ke laman saya...
kalau ikutkan tempat asal... dia subur kat laman jiran sebelah saya...
hairan saya celah pagar batu pun dia bole lepas...
dia nak juga duduk kat laman saya kan?... bagi je la dia masuk... :)

nanas hiasan

pokok nanas hiasan ini pemberian sahabat blog - Lynn...
katanya ini hanya nanas hiasan... 
kebetulan saya ada sebuah pasu kosong semasa itu... 
jadi saya tanamkan sahaja didalam pasu tersebut...

ya... memang untuk hiasan sahaja...
pokok nanas kecil... daunnya juga halus dan runcing...
kelmarin semasa saya ke Sungai Buluh untuk mencari pasu... didapati nanas hiasan ini banyak dijual sempena untuk menyambut Tahun Baru Cina... gitu ya?

stepanotis lagi

maaf la kalau jemu... 
tuan tanah mmg kemaruk bunga wangi berwarna putih... 
sebab tu jadi macam ini... balik-balik gambar bunga yg sama diketik... :)

 pokok sudah memanjat memenuhi ruang pergola... tinggal lagi belum cukup rimbun...




 kelopak bunga pecah 5... setiap sejambak bunga mengandungi 5-6 kuntum bunga sahaja...

 gambar ini diambil lewat petang hari... tetap cantikkan?

cantik sangat... mungkin sebab ini la bunga ini selalu dibuat jambangan utk pengantin... 
ya... nama lain stephanotis adalah 'bridal bouquet'...

Carrot

Carrot atau dalam bahasa melayu Lobak Merah...

sebenarnya sudah beberapa kali saya semaikan benih carrot -  tak menjadi...
kali ni syukur... ianya bercambah...

cambahan selepas 3 minggu disemai...

carrot / lobak merah perlukan cahaya (panas) matahari untuk bercambah...
ianya juga sukakan tanah organik berpasir... dengan banyak baja...

  tunggu masa untuk dialihkan ke dalam bekas... ;)
 masa yg sesuai untuk mengalihkan anak pokok carrot adalah pada waktu petang hari...
tunggu hingga anak pokok mempunyai 3 set daun bercabang, maknanya anak pokok sudah sedia untuk dialihkan... ;)

capsicum

ini antara tanaman yang saya cuba 'try and error' beberapa kali - capsicum merah...
walaupun percubaan kali ini hati saya berbelah bagi... jadi ke tak jadi?... jadi ke tidak?

 alhamdulillah... penantian 3 minggu berbaloi...

sudah minggu ke-5... sudah boleh sekiranya hendak dialihkan... 

saya bercadang untuk mengalih anak pokok ke dalam pasu - bukan tanam ditanah...
untuk mengurangkan risiko pokok diserang siput...
biasanya siput suka pokok lada... capsicum dari keluarga lada juga kan?

mudah-mudahan dapatlah saya merasa buah nya nanti... Amin... 

kenanga

rasa dia manis kot?
wangi sudah pasti...

hairan saya apabila mendapati bunga kenanga saya dipenuhi semut hitam...
sebelum ini tak pernah terjadi pun... :(
bau bunga masih tetap wangi... 
tapi saya tak suka sebab bunga nampak buruk - kerinting dan hitam-hitam... 
tak cantik la... 
dan lagi nasib tak baik bila lalu sebelah pokok - kena gigit semut... 
grrr... sungguh tak suka !

bendi emas

bendi emas pertama saya...
berbuah diam-diam... ke saya yg selalu sibuk kebelakangan ini?... 
hingga kan tak perasan bendi emas sudah berbuah...

tinggi pokok hanya satu kaki dari tanah...
daun lebar-lebar... agaknya sebab itu saya tak perasan ianya berbuah...
untuk hujung minggu lalu saya dapat 5 biji bendi emas daripada 5 batang pokok tanaman saya...
jadi la... kat rumah ni bukan ramai sangat nak berebut makan sayur... :)
nak cuba resepi En. Is Tanam Sendiri - Bendi Goreng Berempah... mesti best kan?

kedondong

Alhamdulillah... 
rasa gembira... ingat lagi pada pokok kedondong saya dalam entry ini?
dalam minggu ini saya dapati, pokok telah berbunga lagi... suka...

putik bunga baru...

buah yg sedia ada...
rasa macam lama sangat tunggu... bila la agaknya bole petik buah ni?

kacang tanah

pokok kacang tanah sangat cepat bercambah... saya semaikan semasa akhir disember lalu... 
semasa cuti krismas... selepas seminggu anak benih telah mula menunjukkan diri...

anak pokok semasa dalam pot cambahan... setiap satu pot saya letakkan 2 biji benih... dan mereka tidak bercambah serentak... namun masih dalam minggu yg sama...

anak pokok yang sudah tinggi selepas 3 minggu, baru saya alihkan ke batas... gara-gara ada sikucing membuang hajat pada batas tersebut... geram saya...

jangkaan awal saya hendak alihkan anak pokok selepas 2 minggu batas disediakan... elok hujung minggu lepas semasa saya hendak mencangkul untuk menggembur... terjumpa hasil sikucing... geram bukan kepalang saya... takkan nak makan kacang tanah berbaja tahi kucing?... yukkk... goli den!...

selepas saya buang dan bersihkan batas (saya geli nak pegang tanah sbb ada bekas tahi kucing... huhuhu)... saya tunggu lagi seminggu - baru saya alihkan anak pokok... hehe... nampakkan ada pancang buluh tu... tu konon nak cover jangan bagi kucing masuk... dan kebetulan ada lebihan sabut yg saya guna utk menutup pokok pasuan... saya taburkan juga pd keliling pokok... harap-harap membantu untuk menghalang kucing dari 'menjambankan' batas saya...  ;)

stepanotis dan melati

nampaknya musim bunga dilaman saya belum berkesudahan... tempoh hari kesidang dan melur saling berlumba... manakala minggu ini stepanotis (melur madagascar) dan melati saling mewangi...

stepanotis / melur madagascar / bridal bouquet
saya beli di nurseri pada bulan september 2012 yang lalu... terus ditanam didalam planter box yang sudah disediakan... semasa dibeli tinggi pokok hanya sekitar 3 kaki - pokok melilit pada pancang yg disediakan... sekarang pokok sudah merayap keseluruhan bumbung pergola... tinggal lagi pokok belum rimbun sepenuhnya... namun pokok telah pun mengeluarkan bunga pertamanya selepas dialih ke tanah selepas 4 bulan (januari 2013)

saya tak perasan kehadiran putik bunga nya... tapi bila saya lalu saya terbau wangi bunga tersebut baru la saya cari... banyak juga rupanya... dibahagian atas pergola juga sudah kelihatan putik-putik bunga yang masih kecil... 

suka nya saya... Alhamdulillah... wangi laman saya...

Melati juga tak kurang hebat melawan... semakin lebat bunga nya... dan semakin harum bila dihampiri...

pasal Hyacinth lagi

semalam saya cerita pasal Hyacinth... 
ok... punca nya saya cari pokok tersebut datang dari sumber ini
kredit kpd Blog Jurnal Resepi Bidaria... dari situ la saya mula tercari-cari hyacinth ni... 
dan bila saya google memang sangat kurang info berkaitan pokok ini dalam bahasa melayu...
sebab ianya bukan pokok tempatan...

ini pokok dari negeri org putih nun... kalau baca blog kengkawan yg tinggal kat UK... kat Belanda...
senang la jumpa pokok ni... lebih-lebih lagi waktu musim bunga / spring... merata la bunga ni menghiasi taman... :)

cantikkan?... ini ehsan Google je la...

saya copypaste sebahagian isi dari blog diatas :

Bila google dan dapat maklumat berkenaan bunga Hyacinth nie....baru diketahui bahawa bunga nie digunakan untuk membuat minyak wangi. Malah ada legenda berkaitan dengan nama bunga ini. Kononnya dizaman dahulu ada seorang budak lelaki greek yang mempunyai rupa paras yang sangat kacak telah menarik minat dua dewa iaitu Apollo dan Zephyr (macam cinta sejenis je). Dalam perebutan mendapatkan budak lelaki nie telah menyebabkan budak lelaki ini terbunuh. Selepas budak lelaki ini mati.....ditempat dimana darah budak lelaki ini mengalir telah ditumbuhi oleh sejenis bunga yang sangat harum....dewa Apollo telah menamakan bunga tersebut sebagai Hyacinth sempena nama budak lelaki tersebut iaitu Hyacinthus. Begitulah kisahnya bagaimana bunga ini mendapat nama.

 masalah saya... bukan pasal lagenda/mitos pokok tu... tapi sebab bunga tu harum... owhhh... saya mmg kemaruk dengan bunga wangi... setahun mencari pun tak mengapa... saya akan cari juga... untuk pengetahuan, saya baca entry blog tersebut tahun lepas... dan tahun ini baru saya dapat pokok hyacinth ini... itu pun di Ikea... dan ianya cuma bebawang dengan putik daun yang kecil sahaja... hmmm... bersabar lah saya menunggu pokok membesar sebelum berbunga... :)

kalau ikutkan saya sangat berkenan dengan Hyacinth yg berwarna putih... tapi semasa saya beli tempohari, warna putih tiada... jadi ambil sahaja warna pink dan purple...

tapi jangan keliru ye dengan water hyacinth... yg itu spesis kiambang yg duduk dalam air... rupa susunan bunga hampir sama... tapi tiada bau... dan water hyacinth cuma ada warna purple... :)

hyacinth

jumpa kat Ikea...
mahal budak ini...
saiz besar bawang holland tu je dengan harga rm9.90... huh...
tamak... beli dua... bunga pink dan purlpe... emmm - ikut hawa nafsu la ni...

kenapa beli pokok ni?
saya terbaca dalam satu blog (tak ingat blog sapa) tentang hyacinth ni...
ianya pokok dgn bunga yg berbau wangi...
ahhh... kan saya addict dgn pokok bunga wangi...
jadi harus cari dan cuba tanam - tunggu bunganya yg wangi itu keluar...
harap-harap tiada masalah untuk tumbuh dan berbunga... :)

melati

melati pun sibuk berbunga...
tercapai hajat mewangikan laman...

saya letak pokok bunga melati bersebelahan pagar rumah jiran yg bela kucing... 
hari tu saya duk merungut kat suami pasal bau hancing (kencing + tahi kucing)... 
bila keluar rumah... dekat je dgn kereta sure bau tak sedap... 

sebab kereta park tepi dinding pagar... di sebalik pagar tu la jiran buat rumah kucing dia... tak kan nak marah jiran kan?... dia bela kucing dalam laman dia, bukan laman kita... cuma kita dapat aromaterapi yg tak best la... lebih-lebih lagi waktu pagi... hmmm...

kebelakangan ni dah kurang sikit ter-bau... mungkin sebab haruman melati lagi kuat kot...
lega sikit hidung...

 tengah galak berbunga... 
wahai melati jangan la engkau berhenti berbunga ya... terus la berbunga sepanjang tahun... :)

susah nak snap gambar bunga... sebab bunga melati sifatnya tunduk mengadap bumi (menghala ke bawah)... jadi bila nak ambil gambar kena la membongkok dan snap dari bawah... huhu...

saya perhatikan kalau di Taman Tasik Perdana, pokok melati ditanam atas tanah dan dibiarkan tinggi... lebih tinggi dari saiz manusia... jadi bila lalu bawah pokok... kita terbau haruman melati... dan kita dapat lihat bunga melati dengan mendongak ke atas...

terfikir - bagus juga kalau dapat tanam terus pokok melati ni atas tanah... biarkan dia jadi pokok peneduh yg besar... :)

melur mawar

sibuk berbunga lagi - melur mawar saya...
sukaaa... :)

tapi bunga ini tak tahan... lepas seminggu lebam sudah bunga dia...

batas bunga

gigih membina batas baru...
kononnya untuk anak-anak giant sunflower...
dah buat campuran tanah dengan baja tahi ayam... lepas tu... biar...

setelah hampir sebulan tergendala... 
salah satu sebabnya - hujan...
sebab kedua pula - benih giant sunflower yg disemai tak menjadi... jadi malas la kita... :)

akhirya siap dikerjakan pada pagi hari cuti krismas tempohari... 
kalau perasan - ada satu je anak pokok kat situ... itu la anak giant sunflower yg tumbuh - dan baru dialihkan... harap-harap besar la dia hendaknya... itu batas yang dah banyak baja tau... :)

kedondong - update

ingat lagi tak entry saya sebelum ini pasal pokok kedondong saya...
selepas beberapa bulan menunggu... akhirnya...pokok kini kelihatan pulih dan sihat...
lega... sebab saya ingatkan pokok ni akan mati...

sebabnya... 
pertama : saya spraykan racun penyembur 'fumakilla water base'... sembur dari dibahagian bawah daun menghala ke atas...

kedua : saya taburkan garam kasar disekeliling pangkal pokok... yg mana menyebabkan rumput disekelilingnya kuning dan kering... begitu juga daun pokok turut kuning dan luruh...

ketiga : saya taburkan kapur dolomite (atas saranan en.Iskandar) kerana dia mengandaikan pokok tidak dapat menyerap nutrien kalsium didalam tanah... kalau ikutkan kapur tersebut kena digaul bersama tanah... tapi saya tak gaul - saya tabur sahaja...

2 minggu selepas saya buat semua perkara diatas... pokok memang nampak teruk sangat (saya lupa nak snap)... tinggal rangka pokok... dan putik buah dihujung dahan... hampir keseluruhan daun kuning dan luruh...

saya pasrah - kalau pokok ini mati... :(
tapi syukur... 
pucuk dan daun baru dah keluar... 
rimbun dan lebih gemuk dari dahulu... hmmm... lega... :)
insyaAllah ada harapan merasa buah kedondong selepas ini...