headerphoto

ulat daun

spesis ulat beluncas pemakan pucuk daun... 
asal nya dia dah bergulung dalam daun... Maria buka gulungan dia sbb nak tengok 'rupa paras' si dia... patutla daun bendi Maria banyak yg rongak... rupanya hasil kerja budak ni...

yg pasti jumpa dia sekor je... tapi mmg kena musnahkan (i'm sorry) kalau di biarkan nanti semua adik-beradik dan kaum kerabat dia akan datang dan muncul untuk makan pucuk2 muda secara berjemaah / beramai-ramai... sudahnya tuan tanah pulak tak merasa hasil pokok... iye la bila pokok dah rosak diserang ulat macam mana nak berbunga & berbuah kan?

untuk pokok tumbuhan makanan seperti bendi, kobis, cili padi... Maria gunakan racun organik yg di beli semasa pameran pertaniaan di Mardi... nnt Maria up cite pasal racun pulak... ok

* macam mana Maria musnahkan ulat daun tu?*
Maria petik bahagian daun yg ulat tu duduk, lepas tu buang ke dalam parit... nasib la kalau dia sangkut kat pokok kangkung... selamat la dia... kalau hanyut dibawa air... mati lemas je la... Maria tak sampai hati nak tenyeh / pijak... kesian pulak... yg penting jauhkan dari pokok sayur Maria... ;p

bunga

bunga-bunga yg membawa hasil... ;p
hehehe... ye lah... ayat budget mcm banyak sangat hasil... 
tapi serius... bunga-bunga dari pokok sayur / tanaman makanan ni cantik-cantik... cuma tak tahan lama... paling-paling sehari... lepas tu esok bila kita tengok dah takde... dah keluar putik buah pula...

 bunga bendi

 bunga cekur hitam
pokok ni hadiah dari bonda Lynn... TQ Lynn kirim salam kat bonda... TQ juga kat Lynn sbb sudi hantar sampai ke rumah... ;p

bunga selasih hitam
cantik tau... letak dlm vase pun cantik... tapi kecik la... tapi kombinasi hitam, light purple, dark purple dgn sikit putih mmg cantik  ;p

indah nya alam ciptaan Tuhan
Alhamdulillah

buah ape ni?

sape tau?... 

emm... saya pun tertanya-tanya...
dimana silap nya... apa perosak nya?... kat mana kekurangannya

ini mmg pokok dan buah timun... kalau ikut warna kuning tu makna nya timun tu dah tua... tapi kalau ikut rupa bentuk dia - sah la cacat... pendek kembung di bawah... kecut di atas... dah macam labu sayung pulak... 

puas sudah saya google penyakit2 pada tanaman timun... tapi takde sape pula tulis pasal masalah mcm ni... klu ada pun masalah tanaman timun secara general... 

mmm... sabar la... ini buah pertama... mungkin lepas ini buah dia lebih elok kot...

geram nyerrr

buah tomato yang semakin berjuntaian

GERAM...
bila tengok... tak sabar mahu tunggu dia berubah warna

info TOMATO

 Tomato adalah sejenis sayuran jenis buah yang mempunyai jangka hayat yang singkat.

Nama saintifik bagi tomato ialah Lycopersicon cycopersicum (L). 
Famili Solanaceae. 

Pokok tomato dibahagikan kepada dua kumpulan besar iaitu yang tumbuh menegak (determinate) dan yang tumbuh menjalar (indeterminate).

Tanaman tomato sesuai di tanam di pelbagai jenis tanah termasuk tanah pasir ( BRIS dan bekas lombong ) dan tanah gambut. Yang paling penting bagi tanaman tomato adalah saliran serta pengudaraan yang baik. Tanah yang mempunyai nilai pH 5.5 – 8.0 adalah amat sesuai.

Hasil boleh dipungut lebih kurang 8-9 minggu selepas mengubah. Buah akan masak 30 selepas berbunga dan tempoh mengeluarkan hasil adalah 30 – 45 hari selepas kutipan pertama. Buah boleh dipungut bila masih berwarna hijau tetapi cukup matang.

info diambil dari : Yuzamri's Blog

cili padi - tiada di cari

dah ada - biar-biarkan sahaja pula...



emm... bukan sombong... atau tak nak kutip... tapi dah tak terkutip...
yg dalam gambar ni satu pokok... saya ada 3 pokok cili padi yg berbuah lebat seperti ini... 
ape kes nak makan cili padi hari-hari kan?
jadi... cili padi saya ranum di pokok... ;p

timun ke mentimun ?

dua-dua pun bole kan...

yang saya tanam dah berputik buah... ;p
suke nye saya...
harap dapat la buah timun tu membesar dgn sihat dan kuat...
dapat lah saya merasa timun tanaman sendiri...

tomato dah berbuah

suke sangat... 
walaupun pokok tomato ni layu masa kami tinggal kan ke Cameron... tapi lepas dah di belai-belai semula... disiram-siram sekelilingnya... Alhamdulillah... daun dah elok... pokok dah segar... putik buah dah semakin lebat... 
ah... lepas ni saya pandang tomato sebelah mata je la kat pasar... hehehe... 
(budget ayat menyombong...jangan marah...)