headerphoto

Infused Water... apa tu?

ok... ada sesetengah blog tempatan sebut sebagai Air Detox... kalau blog-blog 'mat saleh' diorg sebut sebagai Infused Water dan bila saya timbal balik sebenarnya dua-duanya hampir sama... 
bahan utama haruslah air, manakala bahan campuran lain adalah buah-buahan dan herba masakan yang lainnya yang sesuai diguna-pakai.

Kalau diikutkan tujuan asal penghasilan Infused Water ini adalah sebagai galakan agar kita minum lebih banyak air kosong... almaklum lah... kalau saja-saja suruh minum air masak... mmg susah nak habiskan 2 liter sehari... jadi dengan menjadikan air masak kita sebagai Infused Water... rasa air masak lebih sedap untuk diminum sebab dah di perisakan dgn campuran buah-buahan dsbg nya... dan ianya lebih baik dari kita minum minuman bergas atau pun jus didalam kotak.

secara tidak langsung juga Infused Water ini boleh menjadi air untuk tujuan detox... ini bergantung kepada resepi / campuran buah-buahan yang kita gunakan.

sebagai contoh, untuk detox bagi membakar lemak, campuran hirisan lemon, timun dan daun pudina digunakan.
manakala campuran buah kiwi dengan strawberi bagus untuk meningkatkan sistem imun tubuh serta membantu pencernaan.

ok... resepi yang saya nak kongsi kali ini, juga berfungsi untuk detox - nak buang angin, buang lemak, buang toksin... juga melegakan hipertension

resepi ini kurang popular berbanding dengan campuran buah-buahan untuk detox... tapi saya gerenti... resepi ini sedap... sedap sangatttt... :)

 
 bahan utama campuran :- 
serai 4-5 batang, 
daun pudina 2 tangkai, 
limau kasturi 2-3 biji dan 
1/2 inci halia (takde pulak dalam gambar... :p)
air sejuk 500 ml

 serai dgn halia - hiris nipis... 
limau kasturi belah dua - perahkan 
daun pudina cerai-ceraikan sahaja...
masuk dalam bekas / balang... tuang air sejuk...
* boleh tambah madu - kalau mahu rasa manis... tapi saya suka rasa natural serai dgn limau... sedapppp...

tu dia... semua bahan fresh @ segar dari laman rumah... saya suka  

* Infused Water ini bole disimpan selama 3-4 hari di dalam peti ais bergantung kepada tahap kesegaran bahan yang kita gunakan.

Kalau malas rezeki nya begini... kalau rajin?...


kalau rajin harus la banyak lagi kan?

Salam sahabat taman saya...

kebelakangan ini mmg jarang update blog... alahai tahap kemalasan... nak menulis pun macam tak ada isi ... sama malas dgn tahap mengerjakan laman ketika ini... kebelakangan ini dah jarang meng-explore dgn tanaman baru... sekadar buat selenggara tanaman sedia ada sahaja...

baru ini di laman saya... keledek yang saya tanam tahun lepas dah merebak-rebak... aduhai keledek... en.ejaM saya bising sebab dia susah nak mesin rumput... hehehe... maaf kan saya my dear hubby...
nak di korek cari isi... saya tak yakin lagi... sebab nya saya tak pernah nampak pokok keledek ni berbunga... kalau dah ada bunga tu... harus la ada isi kan?... ini langsung tak ada bunga... tapi kalau diikut hitung kira tempoh tanam... mmg dah hampir setahun... hmmm...berapa lama ye tempoh matang keledek?



 
 daun gemuk merebak hingga masuk longkang... dah tak lalu nak makan pucuk keledek... :)

yang ini rezeki tersorok... 
pokok pisang lemak manis saya berbuah walaupun tumbuh terselit hujung tepi pagar... :)