headerphoto

buah pun gaduh?

sesekali layan... ^_^

comel kan...

pisang serendah

pisang serendah yang saya tanam sudah tidak rendah lagi... 
sejak en.ejaM baja dengan baja air BIO ONE, bole saya katakan pokok akan membesar 'sihat dan kuat'... hehehe...
saya takut bila pokok jadi 'giant'... melebihi saiz sepatutnya...

kalau saya berdiri di sebelah... ketinggian pucuk sudah melebihi ketinggian saya...
yang mana kebiasaannya pisang serendah ini rendah shj (sbb itu nama nya se-rendah)... pokok ini tidak tinggi mana pun sebelum ianya berbuah... selalu saya lihat pokok ini ditupang bila berbuah untuk menampung berat buah yg kelihatan tidak sesuai dgn ketinggian pokok... tapi yg ini sudah melebihi ketinggian saya...
saya kini sedang tunggu 'dia' berbuah... hmmm bila agaknya?... ;p

ulam raja dan cekur manis

dah tinggi... berbunga... dan menghasilkan benih...

 Ulam Raja... pucuknya sangat sedap dibuat ulam dimakan bersama sambal belacan...
ada sesetengah Ulam Raja yg pernah saya jumpa bunganya berwarna kuning... rupa pokok hampir sama... tapi rasa daun agak kurang... ulam raja berbunga 'pink' pada saya lebih sedap... dan berbau lebih wangi... ;p
pokok Ulam Raja saya pemberian sahabat blog saya - cikbedahlaser... jauh dia bawa dari kampungnya... ;p

bersebelahan Ulam Raja saya tanamkan Cekur Manis (mak panggil Pucuk Manis)... pokoknya dah semakin tinggi... juga telah mengeluarkan biji benih... pucuk Cekur Manis sangat sedap jika dimasak lemak dengan keledek... pokok Cekur Manis ini saya semai dari keratan batang sahaja... beli dipasar tani... kemudian selepas pucuknya diambil... batangnya saya cucukkan ke batas... Alhamdulillah... hidup subur... 

sekarang ni benih-benih Cekur Manis sudah jatuh bertaburan dan anak-anak Cekur Manis tersemai dgn sendiri... begitu juga dengan Ulam Raja... dia pandai-pandai menyebarkan anak benihnya dengan bantuan angin... kedua-dua tanaman ini tahan lasak... dan tidak cerewet dan mudah untuk dijaga... 

dan mereka semakin merimbun di laman saya... ;p

* tanam apa yang dimakan - makan apa yang ditanam *

ber'Temu' di laman saya...

Salam sahabat semua... maaf ye... lama rasa nya saya tak update ruangan ini... sejak kebelakangan ini... laman rumah memang kurang perhatian saya... terdapat pokok yg mati... tak kurang juga yg rosak... gara-gara selepas insiden rumah saya dipecah masuk... tumpuan banyak kepada memperbaiki rumah... jadi laman kurang sedikit perhatian... namun... untuk minggu ini saya dah mulakan semula kerja-kerja laman saya... kasihan saya lihat pokok-pokok yg kelihatan seperti 'kurang kasih sayang'... hihihi

ok... berbalik kepada entry ini... saya mengaku... saya bukan la seorang yg pandai sangat memakan ulam... tapi bila orang beri pokok kepada saya... saya tidak sampai hati utk menolak... ambil dan tanam di ruang yg mana ada...

asalnya saya mencari pokok temulawak... idea saya adalah ingin menanam pokok-pokok herba yg kerap di gunakan oleh wanita lepas bersalin dan yg biasa saya gunakan sebelum ini... seperti temulawak, serai wangi, sirih, halia, cekur, limau purut... 

namun pokok-pokok yg asalnya tidak saya kenali - turut dihadiahkan org... tak mengapa la... selagi ianya pokok herba... rasanya tak salah kalau saya peruntukkan sedikit ruang utk pokok-pokok tersebut kan?

hasilnya... di laman saya ketika ini terdapat 4 jenis keluarga 'Temu'

pertama
 Temulawak
Curcuma xanthorrhiza
 daunnya antara yg digunakan sebagai air rebusan mandian ibu selepas bersalin... manakala isinya dimakan sebagai ulam

kedua
 Temupauh
Curcuma mangga
melalui pembacaan saya temupauh biasanya dimakan sebagai ulam - tapi saya tak pernah makan pun... ;p
ketiga
 Temuhitam
Curcuma aeruginosa
rizomnya juga biasa diambil sebagai ulam... tp saya tak pernah cuba pun... ;p

ke-empat
Temukunci
Kaempferia pandurata
yang ini mmg saya tak pernah tahu kegunaannya... ;p

melihat pada pembacaan saya... sekiranya disebut keluarga curcuma... saya ada satu lagi jenis curcuma iaitu Curcuma domestica atau pun nama tempatannya adalah Kunyit...

dan jika diletakkan di kelompok keluarga... temukunci pula termasuk dalam keluarga cekur - Kaempferia...
apa pendapat anda ya?