anak pokok yang baru saya semaikan... batch ke-2...
sebenarnya saya ada masalah sengan petola yang saya tanamkan sebelum ini...
kiranya batch pertama la... pokok tumbuh elok gemuk dan subur...
tapi bila ianya mula berbuah... tiba-tiba pokok mula kering dari bawah... satu persatu daun kuning layu dan gugur... akhirnya pokok ikut mati dengan buah petola yang masih putik lagi... hadui... saya hampa...
masaalah tersebut saya ajukan kepada 'sifu pokok' kita - en.Iskandar... kata dia itu masalah biasa bagi tanaman buah berair seperti petola, labu air dan juga timun... apabila pokok mula berbuah... buah akan sedut semua air yang ada... bila kurang bekalan air... itu lah penyebab kepada kematian pokok... huhuhu...
oleh itu... kerja-kerja menyiram pokok perlu dibuat 2 kali sehari terutama nya jika hari panas... siram hingga batas sangat basah tapi jangan bertakung... selain itu saya juga tambahkan sungkupan pada batas pokok... sekurang-kurangnya sungkupan tersebut membantu mengekalkan kelembapan tanah untuk pokok bertahan sepanjang hari...
pokok petola batch pertama... daun mulai kuning dan kering bermula dari bawah pokok... :(
1 sahabat taman beri pendapat ...:
saya pun mengalami masalah yg sama.....tp lum berbunga dh jd mcm ni
Post a Comment