semakin saya belajar... semakin saya pening nak kenal... aduhhh...
benar kata orang : ilmu Allah itu luas seluas garam dilautan, ilmu yg kita ada sedikit sahaja ibarat garam dalam balang... ;p
Sumber daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pokok Selasih
adalah sejenis pokok ulam saka yang terdapat di kawasan beriklim
tropika. Pokok Selasih berasal dari India dan sekitarnya. Nama
botaninya
Ocimum basilicum.
Berasal dari keluarga
"Lamiaceae"
Kemangi atau nama saintifiknya
Ocimum sanctum Linn dari keluarga
"Lamiaceae /Labiatae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Pokok Kemangi merupakan sejenis pokok herba dan sering ditanam dikawasan sekitar rumah.
saya masih tak puas hati... apa beza antara : Sweet Basil / Thai Basil / Lemon Basil / Holy Basil dan juga Tulasi ?...
pencarian saya membawa kepada :-
1. Sweet Basil....
atau nama saintifiknya Ocimum basilicum dari keluarga "Lamiaceae /Labiatae". Biasa nya dipanggil Basil sahaja.
Pokok Selasih adalah Sweet Basil... mempunyai daun panjang tirus dan lebar... bunga sekelompok / berjambak berwarna ungu campuran putih...
2. Lemon Basil...
juga dikenali sebagai Thai Lemon Basil... nama saintifik adalah Ocimum x citriodorum... merupakan hybrid antara Ocimum Basilicum dengan Ocimum Americanum...
rupa daun hampir sama dengan Sweet Basil... namun bunga tidak berjambak tetapi memanjang mengikut tangkai dan berwarna putih kehijauan...
3. Thai Basil...
dikenali juga sebagai Asian Basil... nama saintifik adalah O.Basilicum var thyrsiflora... variety daripada tulasi/holy basil...
rupa daun hampir sama dengan Sweet Basil juga... tangkai / batang berwarna ungu dengan bunga bertangkai panjang berwarna ungu...
4. Holy Basil...
adalah herba yang dikenali sebagai Thulasi @ Tulasi @ Tulsi... nama saintifik dikenali sebagai Ocimum Tenuiflorum... ianya seringkali digunakan dalam upacara keagamaan penganut Hindu...
hampir sama dengan Kemangi... rupa daun dan bunga sangat hampir... beza nama saintifik sahaja... jadi saya tak pasti Kemangi similar dengan siapa... aduhhh... sudah saya google Ocimum sanctum Linn... tapi tak jumpa persamaan dgn siapa... ???
persamaan mereka : kesemuanya dari keluarga "Lamiaceae"
gambar dari laman saya - spesis ini yang berada di laman saya... ^_^
Sweet Basil @ Pokok Selasih
@ Ocimum basilicum
kawan-kawan ada apa-apa nak tambah atau betulkan fakta?
jom kongsi...