headerphoto

Selasih / Kemangi / Basil / Tulasi

semakin saya belajar... semakin saya pening nak kenal... aduhhh...
benar kata orang : ilmu Allah itu luas seluas garam dilautan, ilmu yg kita ada sedikit sahaja ibarat garam dalam balang... ;p

Sumber daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pokok Selasih adalah sejenis pokok ulam saka yang terdapat di kawasan beriklim tropika. Pokok Selasih berasal dari India dan sekitarnya. Nama botaninya Ocimum basilicum.
Berasal dari keluarga "Lamiaceae" 



 

Kemangi atau nama saintifiknya Ocimum sanctum Linn dari keluarga "Lamiaceae /Labiatae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Pokok Kemangi merupakan sejenis pokok herba dan sering ditanam dikawasan sekitar rumah.






saya masih tak puas hati... apa beza antara : Sweet Basil / Thai Basil / Lemon Basil / Holy Basil dan juga Tulasi ?...

pencarian saya membawa kepada :-

1. Sweet Basil.... 
atau nama saintifiknya Ocimum basilicum dari keluarga "Lamiaceae /Labiatae". Biasa nya dipanggil Basil sahaja.
Pokok Selasih adalah Sweet Basil... mempunyai daun panjang tirus dan lebar... bunga sekelompok / berjambak berwarna ungu campuran putih...
  
 2. Lemon Basil... 
juga dikenali sebagai Thai Lemon Basil... nama saintifik adalah Ocimum x citriodorum... merupakan hybrid antara Ocimum Basilicum dengan Ocimum Americanum...
rupa daun hampir sama dengan Sweet Basil... namun bunga tidak berjambak tetapi memanjang mengikut tangkai dan berwarna putih kehijauan...

3. Thai Basil... 
dikenali juga sebagai Asian Basil... nama saintifik adalah O.Basilicum var thyrsiflora... variety daripada tulasi/holy basil... 
rupa daun hampir sama dengan Sweet Basil juga... tangkai / batang berwarna ungu dengan bunga bertangkai panjang berwarna ungu...

4. Holy Basil... 
adalah herba yang dikenali sebagai Thulasi @ Tulasi @ Tulsi... nama saintifik dikenali sebagai Ocimum Tenuiflorum... ianya seringkali digunakan dalam upacara keagamaan penganut Hindu...
hampir sama dengan Kemangi... rupa daun dan bunga sangat hampir... beza nama saintifik sahaja... jadi saya tak pasti Kemangi similar dengan siapa... aduhhh... sudah saya google Ocimum sanctum Linn... tapi tak jumpa persamaan dgn siapa... ???

persamaan mereka : kesemuanya dari keluarga "Lamiaceae"  

 gambar dari laman saya - spesis ini yang berada di laman saya... ^_^
Sweet Basil @ Pokok Selasih @ Ocimum basilicum
kawan-kawan ada apa-apa nak tambah atau betulkan fakta?
jom kongsi...  

7 sahabat taman beri pendapat ...:

shafirul suffian said...

kalau diperhatikan daun sweet basil agak bergerigi di bahagian tepinya, manakala thai basil pula licin.. secara peribadinya saya lebih suka rasa thai basil berbanding sweet basil. thai basil rasanya lebih kuat..

ejaMaria said...

owh... nanti saya perhatikan tepi daun sweet basil saya... bila daun gemuk nampak gerigi dia kot... ;p

TukangKebun said...

Kalau tengok benih catalog kat tempat saya ni lagi pening ada macam-macam basil lagi~ cinnamon basil, lime basil, ect. Ada juga basil yang daunnya berwarna maroon-purple gelap.

shafirul suffian said...

Tukang Kebun...masa ke Mardi Cameron hari tu, sempat jugak tangan panas saya ni ambik benih purple basil.. tapi dok dalam handbag sampai sekarang belum semai.. baru teringat, balik ni nak semai la..

Nudabuffy said...

saya ni masih keliru lagi dengan jenis basil. dah dapat gambaran sikit-sikit daripada blog kawan-kawan.

hernyhafiz ^_^ said...

Kat rumah saya ada genovese basil,lemon basil, thai basil. Sweet basilbesar sikit kut, n daun lebih nipis. Setajat ni saya faham thai basil- selasih. Sebenarnya saya kenal selasih tapi tak tau selasih tu basil.. Hahaha pening...

Anonymous said...

Holy basil is found throughout the lowlands of India as well as in Sri Lanka, Pakistan, Bangladesh, Myanmar, southern China, Thailand, and Malaysia. In India, small patches of it are widely cultivated for daily use. There are at least three types of holy basil. The greenleafed variety sri or rama tulsi is the most common. The second type (Krishna tulsi) bears dark-green to purple leaves; this variety has a stronger taste and smell. The third type (vana tulsi, O. tenuiflorum) is a green-leafed forest variety that often grows wild.

Post a Comment