headerphoto

hayat kemuning

sekarang minggu untuk kemuning pulak...
ini lagi satu spesis bunga wangi...
aduhhh... wangi sungguh bila bunga dah mula merimbun...

 tapi hayat bunga kemuning ni pendek... 
keluar putik bunga selepas 3/4 hari kemudian bunga mula mekar... 
kemudian dalam tempoh 24 jam berikutnya kelopak bunga akan mula gugur... habis...

tetapi pokok kemuning adalah dari jenis pokok yang tahan lasak...
perlu tempat yg banyak matahari... tapi jgn biarkan kering... 
perlu siram paling sedikit sehari sekali... kalau hari panas elok disiram 2 kali sehari...

saya pernah tinggalkan rumah beberapa hari... 
ketika pulang, tanah dlm pasu mmg kering... daun pokok mulai berguguran...
saya alihkan pasu ke tempat separa teduh kemudian siram dgn banyak air... untuk beberapa hari berikutnya... pokok sudah pulih kembali...

sekiranya dijaga baik - pangkas dan baja... 
pokok akan berbunga lebat dalam tempoh selang 3 minggu...

0 sahabat taman beri pendapat ...:

Post a Comment