headerphoto

kaduk

kalau ikutkan tanaman ini tak perlu saya tanam... 
di luar pagar belakang rumah saya ada belukar dan pokok kaduk ini merayap tumbuh merata... 

tapi baru-baru ini saya lihat belukar dibelakang rumah saya telah pun di bersihkan... ada kemungkinan tanah tersebut telah dibeli pemaju dan hendak dibuat kawasan perumahan...

oleh sebab saya suka gunakan daun kaduk ini sebagai salah satu dalam ramuan masakan sambal tempoyak daun kayu... jadi saya ambil inisiatif untuk menanamnya dilaman saya... 

saya khuatir, bila belukar tersebut telah dibersihkan sepenuhnya... habis la sumber daun kaduk saya... ;p

tempoh masa untuk kaduk hidup dalam pasu agak lambat...
ini selepas lebih sebulan saya tanam...

2 sahabat taman beri pendapat ...:

GO GREEN said...

my hse ada byk pokok ni kat tepi pagar..we thought pokok sireh..dah buang,cabut tapi masih tumbuh selepas 3,4 hari..

ejaMaria said...

pokok ni mmg senang hidup liar... tapi bila kita tanam lambat pulak nak subur nya... ;p

Post a Comment