headerphoto

jantung pisang serendah

Pisang Serendah Yang Tak Rendah - itu panggilan saya...
iya la dah pokok dia tinggi sudah melebihi saya tuan dia... mana rendah lagi kan?...

emm... sibuk-sibuk saya ber-kenduri semasa cuti sekolah... rupanya pisang serendah saya dah berjantung... tak perasan... sbb tak membelek pokok di laman kan... setakat siram je... itu pun tak siram bersungguh... janji ber-siram... ;p

 tu dia... dah ternganga dah jantung dia...
besar betul... lebih besar dari betis saya... ^_^

 dah nampak buah dia... ada dekat seminggu kot jantung dia keluar dah...

anak pisang makin banyak...
ada yg nak?... saya beri kalau mahu... 
tapi kena janji la untuk jumpa+ambil... takkan saya nak pos kot?... ^_^

8 sahabat taman beri pendapat ...:

Mama Pongkey said...

Hehehe kalau dekat mahu saya terjah mintak anak pokok tu..

ejaMaria said...

boleh sahaja kalau nak... lagi pun mmg saya nak alihkan anak dia... sbb ada sahabat beritahu anak pisang mmg kena alihkan bila induk dia dah berbuah... kalau tak pokok dia akan mati begitu sahaja...

wani sc said...

saya tak boleh tanam pisang kot sebab kat sini banyak lipan (ada kena mengena ke? huhu) jiran sebelah ni bela pisang, daunnya asyik melambai atas kepala je. kadang-kadang buahnya pun atas kepala. tak tau lah macam mana dia buat boleh ambil pisang tu time kitorang takde. huhu.
anak pisang tu kalau dibiar membiak-biak la pokok dia ek.

mat jon said...

alaaa kalau tak dah lama singgah mintak satu anak pokok..;)

hernyhafiz ^_^ said...

Saya Baru tebas Hutan Pisang saya. Makan space banyak Sangat ruang rumah pulak Kecik. Tapi Pisang serendah ni mcm best lak!

ejaMaria said...

wani sc : pisang serendah ni kalau ikutkan kecik / renek je... tengok hak org lain tinggi paras pinggang je... yg kita punya jadi 'giant'... ntah terlebih baja kot... ;p
jadi kalau wani nak tanam pisang ni... boleh sangat... ramai org tanam pisang ni sbb pokok dia kecil - tak makan ruang sangat...

ejaMaria said...

hernyhafiz : kita tanam anak pisang ni pasal dia kecik la... pokok dia renek je... memang tak makan ruang banyak... lately ni kalau kat area taman perumahan banyak org tanam... sbb pokok dia comel tapi buah dia besar-besar... ;p

TukangKebun said...

Jantungnya buat ulam?
Banyak anaknya tu. Murah rezeki.

Post a Comment