headerphoto

kedondong - update

ingat lagi tak entry saya sebelum ini pasal pokok kedondong saya...
selepas beberapa bulan menunggu... akhirnya...pokok kini kelihatan pulih dan sihat...
lega... sebab saya ingatkan pokok ni akan mati...

sebabnya... 
pertama : saya spraykan racun penyembur 'fumakilla water base'... sembur dari dibahagian bawah daun menghala ke atas...

kedua : saya taburkan garam kasar disekeliling pangkal pokok... yg mana menyebabkan rumput disekelilingnya kuning dan kering... begitu juga daun pokok turut kuning dan luruh...

ketiga : saya taburkan kapur dolomite (atas saranan en.Iskandar) kerana dia mengandaikan pokok tidak dapat menyerap nutrien kalsium didalam tanah... kalau ikutkan kapur tersebut kena digaul bersama tanah... tapi saya tak gaul - saya tabur sahaja...

2 minggu selepas saya buat semua perkara diatas... pokok memang nampak teruk sangat (saya lupa nak snap)... tinggal rangka pokok... dan putik buah dihujung dahan... hampir keseluruhan daun kuning dan luruh...

saya pasrah - kalau pokok ini mati... :(
tapi syukur... 
pucuk dan daun baru dah keluar... 
rimbun dan lebih gemuk dari dahulu... hmmm... lega... :)
insyaAllah ada harapan merasa buah kedondong selepas ini...

4 sahabat taman beri pendapat ...:

ummuaidan said...

Aaiikkk keciknya pokok dah berbuah..sy tengok pokok kedondong kat sini semua pokoknya besar2 belaka...huhuhuh..

suka suka said...

Alhamdulillah..pulih dah pokok ni.. Suka buah kedondong buat jus...

ejaMaria said...

ummuaidan : skrg ni kalau beli di sungai buluh, pokok kedondong dia mmg kecik je - dah tut ni... :)

TukangKebun said...

Hari tu nampak kat MAHA yang jual kecik sikit dari ini pun dah berbuah...macam kak cakap kut dari tut agaknya.

Post a Comment