headerphoto

stepanotis dan melati

nampaknya musim bunga dilaman saya belum berkesudahan... tempoh hari kesidang dan melur saling berlumba... manakala minggu ini stepanotis (melur madagascar) dan melati saling mewangi...

stepanotis / melur madagascar / bridal bouquet
saya beli di nurseri pada bulan september 2012 yang lalu... terus ditanam didalam planter box yang sudah disediakan... semasa dibeli tinggi pokok hanya sekitar 3 kaki - pokok melilit pada pancang yg disediakan... sekarang pokok sudah merayap keseluruhan bumbung pergola... tinggal lagi pokok belum rimbun sepenuhnya... namun pokok telah pun mengeluarkan bunga pertamanya selepas dialih ke tanah selepas 4 bulan (januari 2013)

saya tak perasan kehadiran putik bunga nya... tapi bila saya lalu saya terbau wangi bunga tersebut baru la saya cari... banyak juga rupanya... dibahagian atas pergola juga sudah kelihatan putik-putik bunga yang masih kecil... 

suka nya saya... Alhamdulillah... wangi laman saya...

Melati juga tak kurang hebat melawan... semakin lebat bunga nya... dan semakin harum bila dihampiri...

2 sahabat taman beri pendapat ...:

Unknown said...

mesti laman ejaMaria harum sentiasa..saya pun dalam misi menambah koleksi bunga wangi dan warna warni untuk laman saya.

ejaMaria said...

koleksi bunga wangi saya terhad kepada warna putih... tak tahu kenapa... saya kurang gemar kepada warna warni... saya sangat taksub dengan bunga putih yg wangi...
kadangkala, jeles juga tengok laman org lain yg colourfull... tapi bila nak membeli selalu tak jadi...

Post a Comment