headerphoto

hyacinth

jumpa kat Ikea...
mahal budak ini...
saiz besar bawang holland tu je dengan harga rm9.90... huh...
tamak... beli dua... bunga pink dan purlpe... emmm - ikut hawa nafsu la ni...

kenapa beli pokok ni?
saya terbaca dalam satu blog (tak ingat blog sapa) tentang hyacinth ni...
ianya pokok dgn bunga yg berbau wangi...
ahhh... kan saya addict dgn pokok bunga wangi...
jadi harus cari dan cuba tanam - tunggu bunganya yg wangi itu keluar...
harap-harap tiada masalah untuk tumbuh dan berbunga... :)

9 sahabat taman beri pendapat ...:

Aida Awie said...

salam, pokok bebawang memang mudah ditanam cuma jgn bawangnya terlebih air je. nanti busuk dan mereput. dan lagi satu kalau xsilap, pokok jenis bebawang ni boleh kita belah bawangnya jadi 2/4 keratan utk biakkannya.tapi kena pastikan dulu ye, saya try kat pokok spider lily(bakung) memang menjadi.

baguznet said...

wah! tengok gambar pokok-pokok ni di internet nampak cantik la... apa nama kampung dia ye? "hyacinth" tu nama saintifik ke apa?

ejaMaria said...

baguznet : cantik kan :) sebab tu saya cari... dan lagi saya nak tahu harum dia macam mana... :)

shafirul suffian said...

kalau hidup dan menjadi nak bli jugak... rasanya hyacinth ni bunga spring season.. kat ikea mana beli tu.. nak jugak... nak jugak...

suka suka said...

memang berkenan bunga ni.. tapi ada dlm 1 blog tu .. boleh tahan mahal juga.. harganya.. kalau harga macam ni ..beli dari ejaMaria pun ok kut he he ..

ejaMaria said...

suka suka : ala... bukan tak bole kirim... boleh... tapi bunga ni bermusim, bila nak krismas ia ada dijual kat Ikea... sebelum ni merata nurseri di sungai buluh, saya dah tanya - takde... tunggu tahun depan kalau nak, bole?... bila ada nanti saya maklumkan... :)

Iskandar Ab Rashid said...

Baunya sangat wangi. Kalau letak dalam ruang tamu, 1 pokok boleh harumkan ruang tamu tersebut. Dulu pernah tanam. Boleh simulate kawasan 4 musim. Bila dah masuk bulan 10, potong bulb simpan dalam peti sejuk. Masuk bulan 12 masuk dalam peti air. Dalam bulan 2 keluarkan semula. :)
Harga memang mahal. Di nurseri biasanya dekat tahun baru cina ada dijual.
Kalau Ikea jual RM9.90 kira murah tu.

ejaMaria said...

adohhh... En.Iskandar... makin tak sabar saya nak tunggu si dia berbunga... huhu

cikbedahlaser said...

wahh mcm best je.... tak sabar nk tgu hasil.. nk kena cri jugak kot.. ahahah

Post a Comment