langkah demi langkah... maaf ye... disini tiada video tutorial tapi gambar langkah demi langkah shj saya buat... boleh kan begitu?...
kalau tak faham boleh tinggalkan soalan... ;p
kalau tak faham boleh tinggalkan soalan... ;p
langkah 1
mula ambil segenggam kacang hijau (segenggam cukup nanti taugeh akan jadi banyak)... cuci bersihkan dgn air... kalau ada kacang yg timbul-timbul - buang... selepas dicuci... rendam kacang-kacang tersebut dgn air dalam bekas / mangkuk utk tempoh 12 jam...
langkah 2
selepas 12 jam... cuci bilas semua kacang... kemudian boleh dimasukkan ke dalam balang (seperti di dalam gambar dibawah...) masa ini... tak perlu rendam kacang... pastikan air di tos keluar... dan simpan balang di tempat yg gelap...
gambar selepas 12 jam direndam dalam air...
biasanya lepas rendam 12 jam... kulit kacang kelihatan pecah-pecah...
biasanya lepas rendam 12 jam... kulit kacang kelihatan pecah-pecah...
tip 1 : saya tak beli balang mahal - gunakan semula balang yg sediaada dirumah... kemudian permukaan balang ditutup dgn kain net dan diikat dgn getah gelang, untuk memudahkan sesi membilas kacang berikutnya...
tip 2 : saya simpan kacang di bawah kabinet dapur (ruang tpt simpan periuk) - tpt gelap paling mudah... ;p
langkah 3
bilas kacang setiap 12 jam... bilas dan toskan... kemudian simpan semula kacang tersebut di tempat gelap semula (ada sesetengah org dia tutup dgn kain gelap shj... ;p)
nota : kalau anda letakkan ditempat terang / terkena matahari pokok taugeh anda akan berwarna kehijauan... ;p
progres taugeh selepas 12 jam berikutnya disimpan dalam balang...
nota : kalau anda letakkan ditempat terang / terkena matahari pokok taugeh anda akan berwarna kehijauan... ;p
progres taugeh selepas 12 jam berikutnya disimpan dalam balang...
ok... maknanya di sini... kalau anda bekerja seperti saya... tugasan membilas kacang dilakukan setiap jam 6.30 pagi dan sesi kedua pada jam 6.30 petang... biasanya proses ini hanya mengambil masa 3 hari... semasa hari ke-3... taugeh sudah pun sedia dikeluarkan...
tapi ingat anda mesti bilas taugeh setiap 12 jam...^_^
tapi ingat anda mesti bilas taugeh setiap 12 jam...^_^
taugeh semasa hari ke-2... akar taugeh semakin bercambah...
progres taugeh hari ke-3...
sudah padat memenuhi balang saya... ianya juga sudah sesuai untuk di keluarkan dan dimasak...
sudah padat memenuhi balang saya... ianya juga sudah sesuai untuk di keluarkan dan dimasak...
selepas dibuang selaput-selaput (topi) hijau...
sudah dibersihkan sepenuhnya + dibuang akar...
sedang elok untuk saya masak tempoyak dengan ikan kembung... emmm sedapnya... ;p
goreng dengan daun kuchai pun sedap kan?... ;p
goreng dengan daun kuchai pun sedap kan?... ;p
selain kacang hijau, anda boleh juga cuba gunakan kacang ulundu - kacang ini akan menghasilkan taugeh yg mempunyai selaput/topi hitam (seperti dijual di pasar)... kalau suke juga boleh gunakan kacang soya - ini akan hasilkan kacang taugeh yg besar-besar dan gemuk...
nota : saya tak gunakan sebarang larutan penggalak percambahan taugeh - sontoso atau pun siako... sbb saya mahukan taugeh yg bersih dari bebas dari sebarang bahan kimia... kedua-dua larutan ini lebih sesuai kalau anda mengusahakan taugeh secara komersil... ;p
selamat mencuba... & selamat berjaya...
^_^
nota : saya tak gunakan sebarang larutan penggalak percambahan taugeh - sontoso atau pun siako... sbb saya mahukan taugeh yg bersih dari bebas dari sebarang bahan kimia... kedua-dua larutan ini lebih sesuai kalau anda mengusahakan taugeh secara komersil... ;p
selamat mencuba... & selamat berjaya...
^_^
25 sahabat taman beri pendapat ...:
mesti cuba buat ni...goreng dengan kicap pun sodapp
nmpk sihat je taugey akak :-) blh la cuba nnti :-)
wah senang je tu simple + easy, ingat kan kena letak span atau tisu sebagai medium semaian. boleh cuba lepas nih
sedap plak tengok taugeh fresh ni..bolehlah saya try nanti. terima kasih kak share tips tanam taugeh sendiri. senang je ek.
hernyhafiz : boleh mula hari ini... nanti hari sabtu dah boleh goreng... ;p
Suliana : simple ni Sue... buat la... ;p
mat jon : jangan susah-susah... ;p
hijau daun : sama-sama... happy gardening... ;p
wah.. bestnye pas ni xyah beli lagi dah. boleh proses taugeh sendiri kt rumah. tq kongsi info!
Syok makan tauge sendiri ni kan. Suka makan goreng kicap dengan tauhu.
wah..sunggah x sangka begitu mudah! insyaallah nanti saya cuba..tima kasih byk2!
saya sudah pun mencubanya...dan menjadi!! terima kasih byk2...
sama-sama semua...
saya gembira dapat berkongsi bersama... ;p
dah lama saya cari tips tanam taugeh ni...thank u!
Nampak sedap tauge tersebut. Tips yang berguna untuk dipraktikkan untuk percambahan di rumah.
Hormon tumbuhan Sontoso dan siako pun tak perlu digunakan. Memang tauge organik.
oowhh senang je, terima kasih cikgu
best nye! kwn nk bg benih kucai-cambah taugeh diy-perfect! nanti bleh goreng kuetiaw! takyah tunggu g kedai! syukran
salam kenal dari ct..
bestnya tengok taugeh akak....nanti saya nak try sendri plak...mekasih share info...
campur tauhu pun sodap
terbaik lulos sirim...hehehe
thanks for d info:)
tq..semangat ni nak cuba...
Terima kasih, ade juga cuba untuk buat tp biarkan pada ruangan dapur. patotlah xde pape perubahan pun.. mohon kongsi ya ...
Thank for the info....akan try tanam durian plak dlm balang....agak2 brapa tahun erk dia jd pokok durisn organik...hehe
salam,saya pernah buat tauge dr kcg merah dan kcg hijau,soya dan kidney beans...kaedah yg sama tapi tauge kcg soya dan kidney tu tak menjadi sbb dia membusuk sblm menjd tauge,ada tak petua tertentu,sekian
Post a Comment