teruja melihat tanaman orang lain didalam bekas styrofoam... saya nak juga... kebetulan bekas ni ada di rumah dan dah bocor pula... elok la kita guna jadikan bekas tanaman... ;p
anak lobak putih dan juga salad putih... dalam box ini juga saya semaikan benih daun sup dan kucai... tapi... tak nampak pula kelibat mereka...???
yg ini pula bekas semaian... saya guna yang kecil sahaja... setiap satu barisan saya semaikan benih yang berlainan... antara yang sudah kelihatan adalah anak kacang buncis, kailan dan timun...
yang belum timbul anak benih terung dan bendi... emmm... sabar sahaja la tunggu mereka... tapi elok juga kalau mereka tumbuh berasingan... tidak la saya kelam kabut nak alih anak pokok serentak kan?
^_^
9 sahabat taman beri pendapat ...:
rasanya tanah yg digunakan tu tanah beli dlm pack, kan? boleh share brand pack tanah tu, dan beli di mana ye? saya masih belum jumpa tanah yg sesuai utk saya nak menyemai dan menanam. Tanah sedia ada agak bermasalah, mmg kena buat adjustment sket :D
Inilah keistiewaan gardening. Berbagai cabaran sedia menanti. Saya dah dapat bayangkan rupa tong gabus itu nanti, penuh dengan sayur yang enak.
Dari pengalaman saya, daun sup dan kucai kalau disemai cara biasa memakan masa selama 3 hingga 5 minggu untuk bercambah. Mungkin sebab itu belum nampak kelibatnya.
Terung juga mengambil masa yang lama kalau disemia cara biasa. Bendi cepat, biasanya 1 hingga 7 hari.
Daun sup dan kucai agak ambik masa lama nak bercambah banding yang lain.
saya belum pernah lagi menyemai/menanam dalam bekas polisterin. bekas semaian tu pun saya tak ada. huhu. lain kali ke nursery nak juga mencari jenis tu. senang, 1 lubang 1 anak pokok. tak le berselirat akar semai banyak-banyak dalam 1 bekas.
kunjungan gan .,.
bagi" motivasi
keberuntungan selalu menghampri kita
hanya saja kita yg trkdng tdk brfkir demikian.,.
si tunggu kunjungan baliknya gan.,
baguznet : saya pernah post pasal tanah yang saya guna... klik dekat 'tools' tajuk entry 'tanah'... harap membantu...
saya tanam daun sup dr akarnya pun xhidup juga.. xtau la kenapa.. tgok tuan is tanam apa pun hidup je..kan?
Aida Awie : Tuan Is tu dah profesional... ;p
betul3x!
Post a Comment