headerphoto

Ulam Raja

saya sangat menggemari rasa Ulam Raja... pucuk nya apabila dicicah dengan sambal belacan sangat enak bila dimakan bersama nasi putih... emmm... dan sefaham saya ketika dalam tempoh berpantang selepas bersalin, Ulam Raja adalah antara ulam yang boleh di makan...

jom... kali ini saya kongsikan resepi dalam berpantang... tapi sedap juga dimakan walaupun tidak dalam pantang... ;p

Bahan :

1 cekak pucuk Ulam Raja - basuh dan racik halus
2 biji bawang merah - racik halus
5 ulas cekur
2 biji cili merah
1 biji limau nipis - diperah ambil jus nya

Cara :
- letakkan ulam raja dengan bawang merah yang telah diracik dalam mangkuk.
- cekur dan cili ditumbuk hingga hancur - tak perlu lumat sangat, kemudian masukkan kedalam mangkuk tadi.
- gaulkan semua bahan, masukkan air limau nipis, gula dan garam ikut rasa.
- sedia untuk dimakan...

sedap tau!
^_^

3 sahabat taman beri pendapat ...:

hernyhafiz ^_^ said...

resepi sihat ni. t.kasih.Boleh la cuba nanti. pokok saya baru ja 3 jengkal kut. hihihi

ejaMaria said...

3 jengkal tu pucuk dia dah boleh petik dah... kalau petik sekarang nanti pucuk dia akan bercambah banyak lagi... ;p

BugsCrafting said...

hmmm menarik sangat bila dah harvest tanam tanaman ni... kalau ulam raja makan dgn laksa pun sedappp sangat kena pulak sambal belacan dgn buah kuinin....aduuhh tak hengat!

Post a Comment