headerphoto

Nilam

bukan batu Nilam... tapi Pokok Nilam...
beli semasa pameran pertanian di MAEPS minggu lalu... harga bole tahan... sepasu rm10 ^_^
*sila abaikan model berbaju merah jambu itu*

Nama Tempatan: Pokok Nilam
Nama Sainstifik : Pogostemon cablin benth.
Nama Lain : Patchouli
Keluarga : Labiatae/lamiacea
Info Nilam : 
Pokok nilam ilah sejenis tumbuhan yang mempunya aroma yang harum dan banyak digunakan dalam industri kosmetik namun jika di tanam dikawasan yang beriklim tropika pokok ini amat susah sekali untuk mengeluarkan bunga kecuali kaedah in vitro.

Nilam merupakan pokok herba yang boleh mencapai ketinggian antara 2 hingga 3 kaki. Nilam mempunyai batang yang berbulu. Daunnya tersusun dalam pasangan yang berlawanan, berbentuk oval dan saiznya berukuran 10cm panjang dan dan 8cm lebar, permukaan daunnya mempunyai warna hijau kemerahan.

Untuk pertumbuhan optimum ia memerlukan cahaya matahari secukupnya namun ia juga boleh tumbuh dikawasan yang agak terlindung .Ia boleh hidup dikawasan tanah rendah atau tanah tinggi namun ketinggian optimum untuk pertumbuhan ialah sekitar 10-400 meter dari aras laut.

Ia memerlukan air yang mencukupi dengan taburan hujan antara 2000-3500mm setahun. Suhu optimun sekitar 24-28 darjah celcius dengan kelembapan sekitar 75%. Ia juga memerlukan tanah yang kaya dengan mineral dan bersaliran baik. Nilam biasa dibiakkan dengan kaedah keratan batang. Batang yang hendak dibiakkan biarlah cukup tua dan mempunyai sekurang-kurangnya 3 helai daun. Bahan kimia aktif yang terdapat dalam nilam ialah seperti Patchouli alcohol, Patchouli camphor,Cadinene, Benzaldehyde, Eugenol, Cinnamic aldehyde.

Kegunaan : 
Dalam perubatan tradisional nilam digunakan untuk merawat penyakit seperti batuk dan asma. 
Ia juga digunakan sebagai penawar kepada rheumatik (dari losyen yang diperbuat dari akarnya). 
Ia juga digunakan untuk menangani sakit kepala dengan cara merebus air daunnya dan air itu diminum.

Daunnya juga bersifat antiseptik yang sesuai untuk mencuci dan mengembalikan kewangian kepada pakaian kita. Air ramasan daunnya yang dicampurkan air hampas teh-O sering digunakan sebagai air bilasan terakhir bagi mengambalikan kewangian kain batik.

Daun pokok ini juga dikatakan mengeluarkan pati minyak yang boleh dibuat minyak wangi

Pokok ini juga dikatakan bersifat antiserangga - mempunyai bau yang tidak digemari oleh serangga perosak. (seperti NYAMUK, lalat, tikus, lipas).

* info*
saya baca dlm majalah Laman - petua untuk mengurangkan kehadiran nyamuk - iaitu dengan menanam Pokok Nilam... oleh sbb itu saya sedang mencuba keberkesanan nya. Saya juga ada menanam Jeremin di laman... tetapi saya dapati Jeremin tidak begitu efektif utk kegunaan laman saya...

rujukan : www.melur.com dan buku tanaman berkhasiat ubatan terbitan DBP

0 sahabat taman beri pendapat ...:

Post a Comment