putik bunga harum sundal malam...
saya sedang sabar menunggu dia berbunga (sudah sabar terlalu lama... bertahun lama... ;p)
saya sedang sabar menunggu dia berbunga (sudah sabar terlalu lama... bertahun lama... ;p)
Nama Tempatan : Sundal malam
Nama Saintifik : Polianthes tuberosa
Nama Lain : Tuberose
Family : Amaryllidaceae/Agavaceae
Keterangan :
jenis pokok berumpun yang dikategorikan sebagai lili sama seperti amaryllis dan pokok spider lily atai bakung.
jenis pokok berumpun yang dikategorikan sebagai lili sama seperti amaryllis dan pokok spider lily atai bakung.
Kebanyakan bunga yang berbau wangi akan kehilangan atau berkurangan bau wanginya selepas dipetik dari tangkainya, namun sundal malam mempunyai sifatnya berbeza. Sama seperti bunga melur, walaupun setelah dipetik, bunganya sendiri masih lagi menghasilkan bau wangi yang akan terus kekal hingga ianya kering dan layu.
Sesetengah ahli botani mengklaskan tumbuhan ini sebahagai tumbuhan semusim(annual) manakala yang lainya pula mengkelaskannya sebagai tumbuhan yang kekal lama (perennials). Dalam keadaan yang optimum tumbuhan ini boleh kekal hidup dan menghasilkan bunga hingga bertahun-tahun.
Sama seperti tumbuhan lili yang lain sundal malam membiak dengan ubi atau bebawang. Bebawangnya boleh disimpan lama sebelum ditanam jika dikeringkan. Tumbuhan ini memerlukan pendedahan terus pada cahaya matahari.
info dari : http://www.melur.com/myherba
3 sahabat taman beri pendapat ...:
awak ..ada jual benis harum sundal malam tak?
awak..ada jual benih sundal harum malam tak
maaf... tiada... kalau mahu cari, pokok ini mudah didapati di nurseri sekitar hospital sungai buluh
Post a Comment