headerphoto

orang sibuk raya... saya sibuk beli bunga...

hehehe... puncanya sebab pegi beraya disekitar sungai buluh... 
harus la ambil kesempatan beli pokok kan?... hehehe...

jadi... ini lah 2 sahabat baru laman saya...

 pokok bunga melati / jeliti... 
yg ini memang pokok asal - mcm kat kampung dulu-dulu... sebab apa saya katakan pokok asal... skrg ni dah ada melati yg dah dikacukkan... daun lebih halus... kerap dibuat bonsai... pokok juga lebih renek... dgn bunga yg banyak...

saya pula nak pokok melati yg asal ni... agak susah nak jumpa type yg 'ori' ni... rezeki saya jumpa masa 'raya'... tapi harga dia mahal... sepohon ni rm25... beli juga sebab susah nak jumpa... pokok ini juga masih muda dan masih kurang bunga lagi... pokok melati akan lebih banyak berbunga apabila pokok matang...

bunga melati berwarna putih kecil-kecil... biasanya keluar dalam bentuk berjambak... setiap kuntum bunga mempunyai 5 kelopak serta berbau harum... jadi apa yg saya harus buat adalah - trim pokok dgn lebih kerap utk menggalakkan pucuk baru keluar dan menghasilkan bunga... tak lupa bagi baja bunga juga... ;p

 yg ke-2 pula saya jumpa Bunga Melur Mawar - kata org nurseri... 
kalau ikut buku rujukan saya... ini mmg Bunga Melur juga tapi dari variety Grand Duke of Tuscany... atau nama lainnya Mini Ros / Melur Susun
saya beli anak pokok ini dgn harga rm10... dah ada bunga... tapi mungkin dah mekar beberapa hari dan bunga juga sudah hampir layu...

keistimewaan Bunga Melur Grand Duke of Tuscany ini terletak pada bunga yg mempunyai banyak kelopak... hampir sama seperti bunga ros - cantik... ianya juga berbau harum... dan bunga tidak gugur ke tanah... bunga akan layu pada pohon baru ia gugur...

kalau ada yg berminat - bole cari pokok-pokok bunga wangi begini di sekitar nurseri berhampiran hospital kusta lama sungai buluh... saya jumpa 'mereka' ini di sana... ;p

* mood sangat hepi sebab dapat tambah koleksi bunga wangi berwarna putih kesukaan saya... ;p

5 sahabat taman beri pendapat ...:

hijaudaun said...

salam kak eja. selamat hari raya. makin bertambah wangi laman rumah nanti ni. saya dah lama cari melor berlapis tu. kat sini susah dapat. nampak gaya kena ajak suami gi 'melancong' sg buloh.

shafirul suffian said...

nursery dekat hospital kusta lama ye... mmg saya ada juga mencari melur mcm ni...membangkitkan nostalgia zaman kanak2... arwah tok saya suka selit melur mcm ni di celah sanggulnya... al-fatihah

ejaMaria said...

hijaudaun & shafirul suffian
kalau nak cari melur jenis ini... hala ke hospital sungai buluh... ambil simpang ke kiri yg ke-2... akan lalu sebuah jambatan kecil... klu masuk simpang ke kiri yg pertama akan ke hospital kusta lama... kat area ni mmg banyak jual pokok di kiri kanan jalan... kedai yg saya jumpa melur ni kat sebelah kanan... tak semua kedai ada melur ni... kena belek-belek la juga... ;p

Ummu Madihah said...

Salam Eja. Akak suka juga melur mcm mawar ni, insya-Allah nak cari nanti!

lynnhelite said...

ahad lepas lynn ke sungai buloh, beli anak2 ikan yg dah arwah ditinggalkan masa raya..mak aih, punyalah ramai org beli bunga,sibuk membeli nak tayang open hse ler tuh.. he he..

Post a Comment