headerphoto

info kemuning

info dari Wikipedia bahasa melayu dan Dunia Botani Berita Harian

bunga kemuning... ini dari pokok di laman saya sendiri ye... bunga nya berbau sangat wangi... sangat sesuai digunakan bagi laman berkonsep terapi...

Nama Botani: Murraya paniculata (L.) Jack Murraya exoctica Linn. Kemuning lada

Nama Lain: sedap malam

Pokok Kemuning merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain.

Pokok Kemuning merupakan pokok yang setinggi 3 – 5m, berbatang pendek, berdaun rimbun dan memberi manfaat sebagai tanaman pagar. Tanaman ini berbunga terus-menerus sepanjang tahun. Warna bunga ini pada peringkat awal ialah kehijau-hijauan dan setelah mekar penuh ia bertukar putih bersih.
Kayu Kemuning berwarna kuning agak kecoklatan dan sering kali digunakan bagi membuat sarung keris.


4 sahabat taman beri pendapat ...:

shafirul suffian said...

lebatnya bungaaaaaaaa.... rumah saya pun ada tanam pokok ni, dalam pasu..tapi bunganya tidakla selebat ini. ada rahsia ke?

ejaMaria said...

takde rahsia... cuma kerap pangkas selepas dia berbunga sahaja...

Syaiun said...

Saya berminat nak membeli anak pokok ini. Mana boleh dapat?

syaiun1397@gmail.com

ejaMaria said...

Syaiun : saya beli di nurseri sekitar Sungai Buluh... satu pasu kecil pokok setinggi satu kaki berharga rm10 sahaja...

Post a Comment