headerphoto

Memperkenalkan - Bunga Madagascar Jasmine

BARU... sebenarnya di laman saya... 
juga BARU saya kenal + berkenalan...
ianya juga BARU popular di sekitar nurseri di Sungai Buloh...
sebab bila saya google - info dalam bahasa melayu masih tiada... nama pun tak tahu... org nurseri kata Melur Lilit / Melur Hawai... nama inggeris dia Stepanotis... 
alahaiii info sikit sangat...
harga sepasu asalnya  mencecah rm100 (kata orang nurseri yg jual tu la)... sekarang boleh didapati dengan harga anggaran rm40-rm60...

jadi saya memperkenalkan....
Madagascar Jasmin...
(boleh tak saya sebut Melur Madagascar je?)
nama lainnya Hawaiian Wedding Flower... 
atau nama botani dia Stephanotis Floribunda

 ianya variety Bunga Melur... tetapi pokok jenis melilit dan memanjat... anggaran ketinggian 2-6 meter... sulur batang pokok keras / liat / tidak mudah patah... dengan daun berwarna hijau gelap dan keras juga - daun bukan lembut mudah koyak... :)

 yang saya beli baru 2 kuntum je mekar...

bunga dalam bentuk jambak... satu jambak lebih kurang 5-6 kuntum bunga... dan berbunga lebat... bunga berwarna putih dan akan kekuningan selepas 3-4 hari... bunga berbentuk trumpet (mcm kon) dengan pecahan 5 kelopak bunga seperti bintang... berbau wangi dan manis hampir seperti bau Bunga Melur...

 jambak kudup bunga... ^_^

Melur Madagascar ini saya jumpa (+ beli) kerana saya cari pokok memanjat berbunga wangi selain Kesidang dan Akar Dani... Kesidang saya dah ada... Akar Dani saya tak gemar sangat sebab akan banyak sampah... :(
jadi saya terjumpa Melur Madagascar ini... dan en.ejaM saya juga nampaknya berkenan dgn bunga ini (walaupun mahal...) jadi kita beli saja lah...

dari info yg saya baca juga... pokok ini akan mudah berbunga apabila ia mendapat tempat dengan matahari penuh... apabila kurang mendapat cahaya matahari daun pokok akan menjadi kuning (jadi sesuai la sangat - tempat yg saya nak letakkan tu..)

Melur ini juga sukakan kelembapan... bukan kering tapi bukan juga terlalu basah... pokok mula diperkenalkan dari Madagascar... jadi ini bukan pokok tempatan... macam mana dia hidup - ok atau tidak dilaman saya... kena lah cuba try test bela... :)

nak letak kat pergola di belakang rumah... 
en.ejaM siap buatkan planter box BARU tu yang saya tak tahan tu... amboi... layanan over gitu... mentang-mentang la bunga BARU + CANTIK dan WANGI...

The genus name Stephanotis is derived from two Greek words that are ‘stephonos’ for ‘crown’ and ‘otos’ for ‘ear’. A 'crown of ears' name refers  to the bloom trumpet surrounded by 5"ears."

rupanya bunga ini selalu digunakan sebagai 'bridal bouquets' untuk majlis perkahwinan orang Inggeris... kita je tak pernah jumpa...

suka juga ? 
boleh cari di nurseri sekitar hospital kusta lama Sungai Buloh... ^_^

1 sahabat taman beri pendapat ...:

suka suka said...

boleh tahan juga harganya ya...

Post a Comment