headerphoto

pisang serendah masak tak kuning...


buah pisang serendah...
hasil dari laman...
sebenarnya saya tak tahu pisang serendah yang masak bagaimana rupanya...
tanya rakan sepejabat pun - tiada yg tahu...
jadi... pisang yg kami tebang tempohari diperam selama 5 hari...
petang hari ke-5 (yg mana buah kelihatan kekuningan) rupa-rupanya sudah lembik, benyek serta berulat (salah saya juga kerana langsung tak check hari-hari...)
jadi sebahagiannya langsung tak bole makan...
ada juga yang lerai dari tangkainya dgn sendiri... 
yg lerai dan elok lagi saya ambil dan rasa...
emmm... manis... hampir kepada rasa pisang berangan...
beza nya pisang serendah ini isinya agak gebu berbanding pisang berangan yang lebih padat...
saya tak boleh habiskan sebiji... sebab pisang tersebut besar... lebih besar dari saiz sebiji pisang montel... :)
ok... harus di ingat... pisang serendah ini masak hijau...

maksud saya disini... kalau warna hijau buah pisang telah berubah kepada hijau kekuningan / hijau muda... maka dah sedang elok untuk dimakanlah pisang tersebut... seperti di dalam gambar - waktu masak yg sedang elok...
tak perlu tunggu hingga kuning... memang dia tak kan kuning punya... dia terus buruk je... hahaha

* kita dah ada pemenang teka sisir pisang... nanti kita umumkan... sekali dgn hadiah nya yerr... ;p
terima kasih kepada semua yang sudi join...

4 sahabat taman beri pendapat ...:

Unknown said...

Ala sayangnya...tak de rezeki la..habis sesiapa yang dah tempah pisang tu tak dapat la merasa ye..(ish..mcm la dia ada tempah)..

Pagi ni buat apam pisang Luqman guna pisang serendah ni la ye? Sedap tak? mesti sedap kan..

ejaMaria said...

hehehe... ada la juga - di bahagi-bahagi kan... sebab pisang ni setandan dia tak masak serentak... jadi bila perasan buah dia dah masak tu - masih ada pisang yg masih mengkal...

ha ah... apam pisang pagi ini dari pisang serendah... jadi cantik dan gebu elok... Alhamdulillah...

Umm AA said...

o'o..kesian eja..kalau tak dah boleh makan pisang serendah dengan sepuas-puasnya...takper tunggu yg baru lak kan..

cdinkb said...

jika buat pengat,agaknya habis tak sepiring..??

Post a Comment