headerphoto
Showing posts with label harum sundal malam. Show all posts
Showing posts with label harum sundal malam. Show all posts

yang putih-putih sahaja...

saya suka semua mereka... kenapa ya... emmm... sukar dinyatakan...
mungkin kerana saya suka warna putih mereka...
dan juga semua mereka berbau wangi...
emmm... yg pasti saya suka warna putih itu... ;)
 Harum Sundal Malam

 Kemuning

 Melur variety Maid of Orleans

Melur Mawar variety Grand Duke of Tuscany

 Kesidang

Stephanotis / Melur Madagascar


Senduduk Putih

paling baru dalam laman - Melati / Jeliti

mereka semua ada di laman saya...
oppsss... jangan tanya banyak pada saya pasal khasiat...
saya cuma suka tanam pokok bunga yang warnanya putih-putih sahaja...

mekar sundal malam

wangi...
cantik...
putih bersih nampak suci...
 
tak tahu kenapa di namakan Sundal Malam...
nama lain Tuberose.

info harum sundal malam

putik bunga harum sundal malam...
saya sedang sabar menunggu dia berbunga (sudah sabar terlalu lama... bertahun lama... ;p)

Nama Tempatan : Sundal malam
Nama Saintifik : Polianthes tuberosa
Nama Lain : Tuberose
Family : Amaryllidaceae/Agavaceae
Keterangan :
jenis pokok berumpun yang dikategorikan sebagai lili sama seperti amaryllis dan pokok spider lily atai bakung.
Kebanyakan bunga yang berbau wangi akan kehilangan atau berkurangan bau wanginya selepas dipetik dari tangkainya, namun sundal malam mempunyai sifatnya berbeza. Sama seperti bunga melur, walaupun setelah dipetik, bunganya sendiri masih lagi menghasilkan bau wangi yang akan terus kekal hingga ianya kering dan layu. 
Sesetengah ahli botani mengklaskan tumbuhan ini sebahagai tumbuhan semusim(annual) manakala yang lainya pula mengkelaskannya sebagai tumbuhan yang kekal lama (perennials). Dalam keadaan yang optimum tumbuhan ini boleh kekal hidup dan menghasilkan bunga hingga bertahun-tahun.
Sama seperti tumbuhan lili yang lain sundal malam membiak dengan ubi atau bebawang. Bebawangnya boleh disimpan lama sebelum ditanam jika dikeringkan. Tumbuhan ini memerlukan pendedahan terus pada cahaya matahari.
 
info dari :  http://www.melur.com/myherba

harum sundal malam

bartahun dah bela pokok ni... mmg agak dia tak nak berbunga... berkilo dah baja di tabur... pun dia tak berbunga... akhirnya saya pasrah je... nak berbunga ke tidak... suke hati la... saya dah kecik hati...

minggu ni saya perasan ada kelainan pada Harum Sundal Malam saya... pokok dia tumbuh meninggi...

atas sekali dekat pucuk... nak keluar bunga ke?
kalau betul Alhamdulillah... lama dah saya simpan pokok ni... ;p