headerphoto

pasal Hyacinth lagi

semalam saya cerita pasal Hyacinth... 
ok... punca nya saya cari pokok tersebut datang dari sumber ini
kredit kpd Blog Jurnal Resepi Bidaria... dari situ la saya mula tercari-cari hyacinth ni... 
dan bila saya google memang sangat kurang info berkaitan pokok ini dalam bahasa melayu...
sebab ianya bukan pokok tempatan...

ini pokok dari negeri org putih nun... kalau baca blog kengkawan yg tinggal kat UK... kat Belanda...
senang la jumpa pokok ni... lebih-lebih lagi waktu musim bunga / spring... merata la bunga ni menghiasi taman... :)

cantikkan?... ini ehsan Google je la...

saya copypaste sebahagian isi dari blog diatas :

Bila google dan dapat maklumat berkenaan bunga Hyacinth nie....baru diketahui bahawa bunga nie digunakan untuk membuat minyak wangi. Malah ada legenda berkaitan dengan nama bunga ini. Kononnya dizaman dahulu ada seorang budak lelaki greek yang mempunyai rupa paras yang sangat kacak telah menarik minat dua dewa iaitu Apollo dan Zephyr (macam cinta sejenis je). Dalam perebutan mendapatkan budak lelaki nie telah menyebabkan budak lelaki ini terbunuh. Selepas budak lelaki ini mati.....ditempat dimana darah budak lelaki ini mengalir telah ditumbuhi oleh sejenis bunga yang sangat harum....dewa Apollo telah menamakan bunga tersebut sebagai Hyacinth sempena nama budak lelaki tersebut iaitu Hyacinthus. Begitulah kisahnya bagaimana bunga ini mendapat nama.

 masalah saya... bukan pasal lagenda/mitos pokok tu... tapi sebab bunga tu harum... owhhh... saya mmg kemaruk dengan bunga wangi... setahun mencari pun tak mengapa... saya akan cari juga... untuk pengetahuan, saya baca entry blog tersebut tahun lepas... dan tahun ini baru saya dapat pokok hyacinth ini... itu pun di Ikea... dan ianya cuma bebawang dengan putik daun yang kecil sahaja... hmmm... bersabar lah saya menunggu pokok membesar sebelum berbunga... :)

kalau ikutkan saya sangat berkenan dengan Hyacinth yg berwarna putih... tapi semasa saya beli tempohari, warna putih tiada... jadi ambil sahaja warna pink dan purple...

tapi jangan keliru ye dengan water hyacinth... yg itu spesis kiambang yg duduk dalam air... rupa susunan bunga hampir sama... tapi tiada bau... dan water hyacinth cuma ada warna purple... :)

0 sahabat taman beri pendapat ...:

Post a Comment