headerphoto

kutip-kutip

hasil kelmarin... ;p

 terung dapat sebiji je...
buah pertama kacang botor untuk tanaman kali ini... ;)

ini kesukaan Luqman... ;)

PEMENANG - TEKA SISIR PISANG... ^_^

mula-mula mesti lah tahniah... 
tak lupa juga terima kasih pada semua yang sudi join Teka Sisir Pisang saya...
semua hebat-hebat meneka... ramai yang hampir-hampir... 
saya yang empunya pisang pun salah teka... kikiki...

ada 9 sisir / sikat pisang semuanya....
dan kita ada 3 orang pemenang teka pisang...

Pertama : 
Dira - peserta yg pertama teka betul 
(lepas tu kali ke2 dia teka salah... hihihi)

Kedua :
olive - peserta sangat yakin - teka sekali je... (hebat!)

Ketiga :
SyUhAdA - tekaan pertama dia salah... kali ke2 baru betul...
(tapi tak pe jawapan diterima... ;p)

Hadiah nya :
saya beri set berkebun 'mini'... 
saya sangat suka set ni...
sangat berguna waktu saya mengalih anak pokok dan juga menggembur tanah dalam pasu kecil... 
harap kamu semua suka juga... :)

nanti semua pemenang ini hantar kan pada saya nama penuh, alamat pos dan juga nombor telefon ya...
hantar ke email saya : ejamaria@yahoo.com.my

kalau tak bagi maklumat di atas macam mana saya nak poskan hadiah kan?
ke nak jumpa saya dan ambil hadiah by hand je... saya ok je... ;p

owhhhh... tak lupa hadiah saguhati untuk cikbedahlaser... 
dia pun teka betul... 
tapi sebab dia teka masa contest dah tutup...
 takpe la... kita bagi juga hadiah ye... 
(awak nanti jumpa kita terus... boleh?)


kedondong kerinting

ini dah 2 kali berlaku... dua pokok jadi mangsa...
semasa di bawa pulang dari nurseri pokok cantik sahaja + elok...
selepas di alihkan ke tanah... masuk usia sebulan...
tiba-tiba pokok jadi kerinting...
daun dan pucuk yang keluar semua tak cantik...
puas saya google 'masalah pokok kedondong'...
tapi tak banyak info yg saya dapat... saya buntu...

kebetulan hujung minggu baru ini saya ke nurseri di sungai buluh (beli tanah baja lagi... ;p)
jadi saya tanyakan penjual di situ masalah saya...
katanya ini masaalah anai-anai... pokok saya telah diserang anai-anai...

apa perlu saya buat?...
kata 'dia' :-
buang semua dahan dan daun yang kerinting...
jemur / letak pokok di tempat yang panas - kena matahari penuh sepanjang hari...
selain itu... boleh juga taburkan garam kasar disekeliling pokok... (anggaran jarak hujung pelepah pokok)
 untuk menghalau anai-anai... boleh spray gunakan 'fumakila water base' - kata dia - org nurseri tersebut...

ok... semua langkah di atas saya buat kecuali - spray dgn fumakila water base...
hehehe... yg ni je belum... ;p

pisang lemak manis


ok... kali ini giliran pisang lemak manis...
a.k.a pisang boyan....
a.k.a pisang 40 hari...
alahai kemain banyak sungguh nama dia...

 untuk rekod semasa gambar pertama diambil jantung pisang yg keluar telah berusia 5 hari...
pertama kali saya nampak jantung dia menjulur keluar pada ahad sebelum itu - 23/9/12
(semasa itu saya tak bawa kamera)...

berikut adalah keadaan pokok pisang selepas 7 hari...
gambar diambil pada 29/9/12

ini selepas 10 hari
gambar pada 02/10/12

ya... saya perasan progres pisang kali ini agak pantas...
saya  nak tunggu... adakah benar pisang ini akan masak/sedia ditebang dalam masa 40 hari seperti namanya... katanya nama pisang 40 hari itu diberi oleh sebab pisang ini masak dalam tempoh 40 hari...
 ok... kalau gitu... jom kita tanda kalendar... ;p


petola

anak pokok yang baru saya semaikan... batch ke-2...

sebenarnya saya ada masalah sengan petola yang saya tanamkan sebelum ini... 
kiranya batch pertama la... pokok tumbuh elok gemuk dan subur... 
tapi bila ianya mula berbuah... tiba-tiba pokok mula kering dari bawah... satu persatu daun kuning layu dan gugur... akhirnya pokok ikut mati dengan buah petola yang masih putik lagi... hadui... saya hampa...

masaalah tersebut saya ajukan kepada 'sifu pokok' kita - en.Iskandar... kata dia itu masalah biasa bagi tanaman buah berair seperti petola, labu air dan juga timun... apabila pokok mula berbuah... buah akan sedut semua air yang ada... bila kurang bekalan air... itu lah penyebab kepada kematian pokok... huhuhu... 

oleh itu... kerja-kerja menyiram pokok perlu dibuat 2 kali sehari terutama nya jika hari panas... siram hingga batas sangat basah tapi jangan bertakung... selain itu saya juga tambahkan sungkupan pada batas pokok... sekurang-kurangnya sungkupan tersebut membantu mengekalkan kelembapan tanah untuk pokok bertahan sepanjang hari...

pokok petola batch pertama... daun mulai kuning dan kering bermula dari bawah pokok... :(

terung


dah ada hasil...
lepas ni kena tambah lagi stok pokok terung... 
buat masa ni ada 3 pokok sahaja... bila berbuah keluar sebiji-sebiji...
kecik hati nak di masak - dah ada sebiji je... masuk dalam kari molek la... 
nak buat masak sambal... alahai... sebijik... hihihi ;p

apa pun... syukur... dapat juga merasa... terung tanam sendiri...

akhirnya saya kasihan

asalnya saya nak biarkan sahaja pokok bunga telang saya tidak di sangga... 
kononnya nak cantas sahaja dahan dia agar merimbun dalam pasu...

tapiiii...
lama kelamaan saya kesian... 
sulur dia menjulur... melempai-lempai ke merata-rata meminta tempat berpaut...
alahai... kasihan sudah...

akhirnya... saya buatkan juga...

pancang kayu untuk pokok bunga telang berpaut...
jadi la... buat yang mudah-mudah je...