headerphoto

sedia dimakan... ;p

geram je tengok dahan pokok tu dah melendut... sampai kena tupang...




mmm... lepas amik gambar terus je cantas... sbb kaler buah ni dah hijau kekuningan... mean sedang masak la... pastu ada semut pulak kerumun... ingatkan sbb buah ni ktorg bungkus dgn kertas - semut buat sarang... rupanya buah jambu tu dah nak masak... sedang mengkal kata org...

setelah kena kerat-kerat dan masuk mulut... emmm... memang manis (maaf gambar takde la...) punya la sedap... rangup dan manis... sampai tak ingat nak snap gambar dalam dia... masa tu terfikir... patut la semut hurung - manis!

utk info pokok jambu batu ni ktorg beli jenis yg tiada biji... masa belah hari tu, bukan la takde biji langsung... ada juga tapi sebiji-dua la... sikit je... part yg lain semua bole makan...

puas hati la dgn pokok jambu batu ni... tak sabar nak tunggu dia berbuah lagi... ;p

buah cacat

selalu asyik cerita buah / bunga yang cantik-cantik je kan... 
ok... hari ni nak tunjuk rupa hasil tanaman saya yg tak cantik...
mood sedih sbb tak tahu pangkal punca buah timun jadi begini...

timun yang tak menjadi...

tapi... Maria dah minta nasihat dari kenalan blog...  en.Iskandar nama nya... dia pun ada blog pasal tanam-tanaman ni... so... dia suruh check kalau-kalau buah timun ni rosak sbb ada serangan lalat buah atau ulat... kalau tak pun kemungkinan besar pokok timun Maria kekurangan nutrien Kalium (potasium)...

jadi setelah Maria belek-belek buah timun ni... elok je... takde pulak tanda-tanda ada ulat makan... jadi kompom la tak cukup baja kot... en.Iskandar advice Maria utk gunakan baja organik atau pun NPK utk dapatkan nutrien kalium tersebut...

Terima Kasih en.Iskandar atas nasihat tersebut...

fiesta...

sedang elok masak ranum... mmg genap sebulan selepas dia berputik...
sesuai di petik... dan di makan... ;p

 buah tomato segar yg dah pun merah... cantik!

 deretan pokok dengan buah tomato yg sudah kemerahan...

hasil kutipan kelmarin... emm... 
buat salad tomato sedap kan... guna utk buat kuah spagheti pun sodap!... ;p

seronok nya saya... kutip sendiri tomato masak di pokok... Alhamdulillah...

sudah oren

minggu lepas masa snap gambar... warna dia masih hijau...
awal minggu ni dah perasan kaler dia dah kuning-kuning sikit...
semalam...
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
dah oren... cantik...
betullah... 
dari pembacaan saya... selepas tomato berbunga ianya akan ambil masa sebulan utk matang / masak... bilamana saya menyedari tomato saya telah berputik buah semasa selepas saya pulang bercuti dari Cameron Highland awal bulan Jun yg lalu...

1 Julai 2011... tomato saya sudah warna merah... suke nyeee...

* berbudi kepada tanah pasti ada hasilnya *