headerphoto

lengkuas dan kantan

emm... entry yg lepas, saya tunjukkan pokok kantan saya telah berbunga... tapi saya tak letak gambar pokok kantan itu sendiri... ok kali ini saya letak gambar pokok kantan dan juga perbezaan dengan pokok lengkuas... jangan tersilap ye... sbb pokok kantan dan lengkuas hampir sama rupanya... ;p
ok... kenal tak yg ini?
ini pokok kantan... 
pokok dia besar dan tinggi... lebih dari ketinggian saya... lebih tinggi dari suami saya juga... hehehe
rupa pokok hampir sama dengan lengkuas beza nya kantan lebih tinggi... dan lagi tepi sekeliling daun kantan macam berombak-ombak / bergigi-gigi... dan... daun dia cantik klu diletakkan dalam gubahan bunga... sbb warna hijau berkilat dan keras mcm daun pandan (bukan daun lembik yg mudah layu)... 

yg ni pula lengkuas...
rupa pokok mmg hampir sama dgn kantan... bezanya saiz dia kecik sket je dari kantan... tapi bole tahan juga la - hampir sama tinggi dgn saya...
tepian daun lurus sahaja... takde berombak atau bergigi...

ok... dah bole cam?

cekur - yang ini cekur apa?

menurut pembacaan saya di internet... cekur terdapat dari 2 jenis... iaitu cekur dan cekur emas... namun begitu saya telah dihadiahkan oleh seorang sahabat dengan satu lagi jenis cekur... malangnya ibu sahabat saya juga tidak mengetahui nama khas bagi cekur tersebut... beliau hanya memaklumkan yg pokok itu dari keluarga cekur...

puas sudah saya meng'google' namun saya tidak dapat mencari info berkenaan pokok tersebut... oleh itu saya paparkan di sini... bagi sesiapa yg mengenali jenis cekur tersebut harap dapat berkongsi info...

 Cekur
Kaemferia galanga
cekur yang biasanya digunakan dalam masakan... cth : pecal, urap
daun berwarna hijau 'plain'

 Cekur Emas / Merah
Kaemferia pulchra
boleh juga diguna dlm masakan...
daun berwarna hijau dengan berlorek-lorek kehitaman... ada juga disebut sebagai cekur hitam...

ini adalah spesis Cekur yang tidak saya kenali... 
saya telah pun mencabut sebahagian pokok tersebut... apa yg saya dapati bau rizom nya hampir sama seperti cekur... ianya juga berbunga lembut seperti bunga cekur... kembang pd waktu pagi dan layu pd petangnya...

jadi... ini cekur apa?

anda boleh tolong saya?

tanah

memandangkan ruang laman yg agak terhad... penggunaan pasu utk menanam pokok sangat la sesuai digunakan...
penggunaan pasu juga ada kebaikan tersendiri... sebab khasiat tanah dan baja hanya tertumpu kepada pokok di dalam pasu... pokok didalam pasu juga mudah utk dialihkan ke tempat lain mengikut keperluan / kesukaan kita...

tapi kita selalu saje fikir 'bagaimana untuk membuat campuran tanah yg sesuai?'... ok...dulu mula-mula saya mmg 'try & error' je... kata org tu belasah je... campurkan tanah yg dibeli di nurseri (biasa tanah warna merah dgn warna hitam)... gaul-gaul dgn baja tahi ayam... biarkan utk sehari dua (kdg2 sampai seminggu!...) lepas itu baru tanamkan pokok... tapi... penjual pokok di nurseri dah kenalkan saya dgn satu jenis tanah... dia sebut tanah baja... ;p

yer... pada beg tanah tersebut mmg ditulis tanah baja... saya telah pun mencubanya... dan saya dapati pokok yg ditanam nampak lebih selesa... pokok mudah tumbuh dan risiko pokok mati juga amat kurang... bagus la kalau begitu kan?... tekstur tanah juga sudah berserat... jadi saya mmg tak perlu membuat campuran tanah lagi... gunakan terus sebagai medium penanam pokok...

nampak kan... di tulis : sesuai untuk tanam Bunga, Rumput, Pokok dan Sayur...


setakat ini, saya berpuas hati dgn penggunaan tanah ini... sebahagian laman saya juga telah saya tambahkan tanah ini sebagai gantian tanah asal yang tak berapa subur...

harga ?
di nurseri sekitar Sungai Buluh satu beg dijual dengan harga RM2 (ada juga peniaga yg menjual 4 beg : rm10)
manakala kalau dibeli di kedai-kedai di luar Sungai Buluh satu beg dijual dengan harga antara RM4-5... ;p

ok... selamat berkebun