headerphoto

info harum sundal malam

putik bunga harum sundal malam...
saya sedang sabar menunggu dia berbunga (sudah sabar terlalu lama... bertahun lama... ;p)

Nama Tempatan : Sundal malam
Nama Saintifik : Polianthes tuberosa
Nama Lain : Tuberose
Family : Amaryllidaceae/Agavaceae
Keterangan :
jenis pokok berumpun yang dikategorikan sebagai lili sama seperti amaryllis dan pokok spider lily atai bakung.
Kebanyakan bunga yang berbau wangi akan kehilangan atau berkurangan bau wanginya selepas dipetik dari tangkainya, namun sundal malam mempunyai sifatnya berbeza. Sama seperti bunga melur, walaupun setelah dipetik, bunganya sendiri masih lagi menghasilkan bau wangi yang akan terus kekal hingga ianya kering dan layu. 
Sesetengah ahli botani mengklaskan tumbuhan ini sebahagai tumbuhan semusim(annual) manakala yang lainya pula mengkelaskannya sebagai tumbuhan yang kekal lama (perennials). Dalam keadaan yang optimum tumbuhan ini boleh kekal hidup dan menghasilkan bunga hingga bertahun-tahun.
Sama seperti tumbuhan lili yang lain sundal malam membiak dengan ubi atau bebawang. Bebawangnya boleh disimpan lama sebelum ditanam jika dikeringkan. Tumbuhan ini memerlukan pendedahan terus pada cahaya matahari.
 
info dari :  http://www.melur.com/myherba

cili padi

kecil-kecil cili padi...
kamu ada berani ?

Nilam

bukan batu Nilam... tapi Pokok Nilam...
beli semasa pameran pertanian di MAEPS minggu lalu... harga bole tahan... sepasu rm10 ^_^
*sila abaikan model berbaju merah jambu itu*

Nama Tempatan: Pokok Nilam
Nama Sainstifik : Pogostemon cablin benth.
Nama Lain : Patchouli
Keluarga : Labiatae/lamiacea
Info Nilam : 
Pokok nilam ilah sejenis tumbuhan yang mempunya aroma yang harum dan banyak digunakan dalam industri kosmetik namun jika di tanam dikawasan yang beriklim tropika pokok ini amat susah sekali untuk mengeluarkan bunga kecuali kaedah in vitro.

Nilam merupakan pokok herba yang boleh mencapai ketinggian antara 2 hingga 3 kaki. Nilam mempunyai batang yang berbulu. Daunnya tersusun dalam pasangan yang berlawanan, berbentuk oval dan saiznya berukuran 10cm panjang dan dan 8cm lebar, permukaan daunnya mempunyai warna hijau kemerahan.

Untuk pertumbuhan optimum ia memerlukan cahaya matahari secukupnya namun ia juga boleh tumbuh dikawasan yang agak terlindung .Ia boleh hidup dikawasan tanah rendah atau tanah tinggi namun ketinggian optimum untuk pertumbuhan ialah sekitar 10-400 meter dari aras laut.

Ia memerlukan air yang mencukupi dengan taburan hujan antara 2000-3500mm setahun. Suhu optimun sekitar 24-28 darjah celcius dengan kelembapan sekitar 75%. Ia juga memerlukan tanah yang kaya dengan mineral dan bersaliran baik. Nilam biasa dibiakkan dengan kaedah keratan batang. Batang yang hendak dibiakkan biarlah cukup tua dan mempunyai sekurang-kurangnya 3 helai daun. Bahan kimia aktif yang terdapat dalam nilam ialah seperti Patchouli alcohol, Patchouli camphor,Cadinene, Benzaldehyde, Eugenol, Cinnamic aldehyde.

Kegunaan : 
Dalam perubatan tradisional nilam digunakan untuk merawat penyakit seperti batuk dan asma. 
Ia juga digunakan sebagai penawar kepada rheumatik (dari losyen yang diperbuat dari akarnya). 
Ia juga digunakan untuk menangani sakit kepala dengan cara merebus air daunnya dan air itu diminum.

Daunnya juga bersifat antiseptik yang sesuai untuk mencuci dan mengembalikan kewangian kepada pakaian kita. Air ramasan daunnya yang dicampurkan air hampas teh-O sering digunakan sebagai air bilasan terakhir bagi mengambalikan kewangian kain batik.

Daun pokok ini juga dikatakan mengeluarkan pati minyak yang boleh dibuat minyak wangi

Pokok ini juga dikatakan bersifat antiserangga - mempunyai bau yang tidak digemari oleh serangga perosak. (seperti NYAMUK, lalat, tikus, lipas).

* info*
saya baca dlm majalah Laman - petua untuk mengurangkan kehadiran nyamuk - iaitu dengan menanam Pokok Nilam... oleh sbb itu saya sedang mencuba keberkesanan nya. Saya juga ada menanam Jeremin di laman... tetapi saya dapati Jeremin tidak begitu efektif utk kegunaan laman saya...

rujukan : www.melur.com dan buku tanaman berkhasiat ubatan terbitan DBP

harum sundal malam

bartahun dah bela pokok ni... mmg agak dia tak nak berbunga... berkilo dah baja di tabur... pun dia tak berbunga... akhirnya saya pasrah je... nak berbunga ke tidak... suke hati la... saya dah kecik hati...

minggu ni saya perasan ada kelainan pada Harum Sundal Malam saya... pokok dia tumbuh meninggi...

atas sekali dekat pucuk... nak keluar bunga ke?
kalau betul Alhamdulillah... lama dah saya simpan pokok ni... ;p

pisang serendah

beli anak pokok dari nurseri dekat rumah...
tak tau lagi nnt buah dia mcm mana... tp ramai org kata sedap...
I punya masih anak pokok...

Bunga Melur


Saya amat menyukai bunga melur... di laman, saya letakkan pokok2 bunga melur ni  hadapan pagar dan apabila ianya berbunga... angin pula bertiup kedalam rumah... secara automatik haruman melur akan masuk ke ruang tamu rumah...dan.. mmm... aromaterapi segar secara percuma!

Di hujung sana tempat mu, Bunga Melur
Bukan di taman yang indah, Bunga Melur

Lirik lagu di atas amat dekat di hati saya, terngiang-ngiang bila aroma melur melingkari deria bau saya... dan saya masih tak faham kenapa bunga melur diletakkan dihujung laman : tak cantik kah ia?

* ini bunga melur telur, banyak kelopak*

kenanga

1st time berbunga lebat!
suke sangat...
cantik... dengan daun yang hijau gelap disulam bunga kuning kehijauan... 
cantiknya ciptaan Allah...
dari laman saya tau... pokok ni ditanam dalam pasu sahaja... nnt saya updatekan info kenanga... ;p

kesidang... akhirnya berbunga...

emmm... puas sudah menunggu... akhirnya berbunga juga...
wanginya... suke sangat...

pun begitu... setangkai je... bila la agak nya pokok kesidang ni nak berbunga penuh seluruh pokok?