headerphoto

hasil dari laman belakang

Alhamdulillah...
rezeki dari Allah...
yg penting kita usahakan
ada 3 pokok di belakang rumah... merayap dan melilit pagar belakang rumah... selain lebat berbuah... pokok kacang botol saya juga jadi tempat kesukaan cicak sesumpah... selalu sangat dia mengejutkan saya sewaktu saya leka mengutip buah... ;p

bole tengok entry ini untuk cicak sesumpah yg menjadi 'pet' sekarang ini... ;p

info kemuning

info dari Wikipedia bahasa melayu dan Dunia Botani Berita Harian

bunga kemuning... ini dari pokok di laman saya sendiri ye... bunga nya berbau sangat wangi... sangat sesuai digunakan bagi laman berkonsep terapi...

Nama Botani: Murraya paniculata (L.) Jack Murraya exoctica Linn. Kemuning lada

Nama Lain: sedap malam

Pokok Kemuning merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain.

Pokok Kemuning merupakan pokok yang setinggi 3 – 5m, berbatang pendek, berdaun rimbun dan memberi manfaat sebagai tanaman pagar. Tanaman ini berbunga terus-menerus sepanjang tahun. Warna bunga ini pada peringkat awal ialah kehijau-hijauan dan setelah mekar penuh ia bertukar putih bersih.
Kayu Kemuning berwarna kuning agak kecoklatan dan sering kali digunakan bagi membuat sarung keris.


dari hari ke hari - gerbera

peringkat bunga berkembang... day by day...
hari mula-mula putik bunga dikesan... so sweet... comel sangat...

berikut nya...
day 3

day 4

day 5

day 6... balik keja tengok... dah kembang eh...

day 7... masih belum mekar penuh

day 8... full bloom... nice... lovely... bright shocking pink...

day 9... both of the flower are bloom

day 10... sangat mekar... cantik kan...

emmm... berdasarkan pemerhatian saya... gerbera ni mekar cantik utk tempoh seminggu sahaja... lepas seminggu tangkai mula patah... nak layu... then nnt ambil masa lebih seminggu lagi utk bunga kering... ^_^