headerphoto

baja cecair

baja ini en.ejaM (suami saya) yang beli... 
asal nya dia lihat di pameran Floria Putrajaya tempohari... penjual baja tersebut bercerita dengan sungguh meyakinkan untuk menggunakan baja cecair keluaran syarikat mereka... 

kami diyakini yang pokok akan lebih sihat dgn berdaun + berbuah + berbunga lebat...
jadi en.ejaM bersetuju untuk membeli baja cecair yg bersaiz kecil sebagai percubaan... ianya lebih kurang 200ml dengan harga rm20...

baja tersebut tahan untuk tempoh 2 bulan... itu pun en.ejaM gunakan baja tersebut seminggu sekali sahaja... kalau di ikutkan saranan pengeluar seminggu di guna 2 kali... tapi saya tak berapa setuju... 

pun begitu hasil nya mmg sangat memberangsangkan... pokok tiba-tiba bertunas baru dengan daun pokok yg besar-besar... yg mana berbuah juga sudah mengeluarkan putik-putik baru... wow... itu guna 1 kali seminggu... kalau 2 kali seminggu... owh... takut saya pokok-pokok akan jadi pokok 'giant'... ;p

untuk itu en.ejaM telah membuat 'order' dgn pengeluar baja tersebut... kasihannya en.ejaM saya kerana pengeluar tersebut hanya bersetuju utk menge'pos' baja tersebut sekiranya membuat pembelian bersaiz 5 liter... yang mana harga beserta kos pos berjumlah RM180... hehehe... mahalkan baja en.ejaM saya?... ;p

 itu dia... kamu semua... kalau jumpa masa mana-mana pameran Mardi ke... Floria ke... bole la try baja ni...

9 sahabat taman beri pendapat ...:

Malay-Kadazan girl said...

Wah powerful betul baja ni.

Adniksda said...

yup, setuju...sy beli baja ni...sehari lepas sembur, mmg daun dia akan membesar dgn jayanya...tapi..awas...busuk yg amat..macam bau najis..kan..kan...sy beli botol kecik cenonet (sbb nk try dulu) rm15 klu tak silap..sayang2 je nk guna..hahahaha

ejaMaria said...

hehehe... betul...betul...betul...
selalu komplen mcm bau air longkang... hihihi...

shafirul suffian said...

jumpa baja ni di ekspo patani peladang dan nelayan di parit buntar.teringat kat blog ejamaria.. terus beli yang besar. tapi belum guna pun lagi.. sibukkk...

ejaMaria said...

bole la cuba... tapi jangan tuang baja dekat sangat dengan pangkal pokok, Maria perasan pokok (terutama anak pokok) mudah mati selepas di baja... rupanya selepas diselidik... husband saya tuang dekat betul dgn pangkal pokok... aduhai... ;p

shafirul suffian said...

saya rasa baja ni dihasilkan dengan teknik peram dengan gula merah tu.. pernah dapat baja cair percuma seakan-akan mcm ni la. tuang kat pokok limau. alhamdulillah bunga keluar mencanak-canak. dah try buat sendiri pun.. tunggu bulan 4 nanti baru boleh guna. peram 3 bulan.

ejaMaria said...

saya tak rajin nak buat sendiri baja... tapi saya ada simpan koleksi dari majalah dgn suratkhabar tentang cara buat baja dgn racun organik... belum rajin nak cuba... hehehe... nnt kalau hasil shahirul berjaya - share ye... ;p

cikbedahlaser said...

kalau air2 basuh ikan basuh ayam akak gune tak utk siram pokok???

Unknown said...

salam selamat bercucuk tanam..
saya ada nak perkenalkan baja cecair mikro Bio-One-Plus

Kandungan:
Nitrogen 7%, Ammonian Nitrogen 6%, Water Soluble organik 3%, Water inssoble Organic 0.7%, Phosforos acid 0.8%, P2o5 8%, K2o 8%, Sulphur 7%, Mgo 3%, Mpk 8%, TE 3%, Ekstrak Herba 8%, Organik Material 80%.

Kebaikan:
Bio oneplus juga bertindak sebagai pencegah untuk serangan serangga,virus,penyakit dan lain-lain lagi.
Kebaikkannya apabila menggunakan produk Bio OnePlus ini, pokok tanaman akan lebih kuat, hasil yang lebih baik dan hasilnya lebih selamat berbanding jenama lain yang menggunakan bancuhan bahan kimia.

FUNGSI UTAMA PRODUK
- Agen Pemulihan / rawatan tanaman/daun/batang/akar
- Agen Penggalak buah/durian/dokong/rambutan/mangga dll
- Agen Penggalak bunga/sayuran/orkhid dll
- Agen Penyuburan media tanaman/tanah/sekam/sabut dll
- Agen Ketahanan penyakit / kulat / virus / kutu / hamama dll
- Nilai tambah kesihatan dengan Ekstrak Herba -Herba Perubatan



KELEBIHAN BAJA BIO-ONE PLUS
1.KANDUNGAN SEBOTOL 5LITER
2.LEBIH MURAH
3.MENJIMATKAN
4.DIDALAMNYA TERKANDUNG 7 JENIS BAJA IAITU BAJA DAUN,BAJA BUNGA,BAJA BUAH,BAJA POKOK, PERLINDUNGAN,HORMON DAN VITAMIN.
5.SESUAI UNTUK SEMUA JENIS SAYUR-SAYURAN, BUAH-BUAHAN, GETAH, KELAPA SAWIT, SAWAH PADI DLL

harganya cuma RM143.00 untuk 5liter sekiranya ambil dalam kuantiti yng banyak harga masih boleh dirunding
kiranya berminat hubungi saya di
mdaarifent@gmail.com

Post a Comment