headerphoto

benih pokok bendi

hi...

minggu lepas Maria dah semaikan benih pokok bendi... cepat sungguh dia tumbuh, dalam masa tak sampai satu minggu anak pokok dah menampakkan rupe nye...
masa ni tinggi anak pokok tak sampai 5cm... nampak tak kat sebelah dia ada lagi satu putik nak keluar...
selepas 3 hari... semalam... anak pokok pertama dah semakin tinggi... anak pokok ke-2 juga dah menonjolkan diri

wah... nampak nye tak lama lagi kena la sediakan batas, kalau tak camna pokok ni nak membesar ye...

salam perkenalan...

hi kawan-kawan...
akhirnya hajat Maria untuk mereka satu lagi blog termakbul sudah...
setelah berhempas pulas...
bersusah payah (almaklum la baru je dalam dunia blog ni...) selesai juga menyediakan setting nye...
syukur Alhamdulillah...

'Edible Garden ialah Taman Ramuan'

itu yang Maria namakan...
dan boleh dicapai melalui http://tamanramuan.blogspot.com
tujuan sebenar Maria mewujudkan blog ini tak lain adalah kerana perkongsian berkenaan tumbuhan / pokok di Malaysia ini sangat terhad, rujukan yang ada lebih kepada jenis pokok-pokok, dan juga berbahasa Inggeris,
manakala blog Taman Ramuan ini ingin menceritakan bagaimana bermulanye kehidupan tumbuhan itu sendiri... iye cerita di sini adalah pengalaman Maria, di laman Maria, Maria suke istilahkannye sebagai
my Backyard Garden :)
blog ini juga menggunakan perantara ber-Bahasa Melayu...

Ok... selamat bereksplorasi bersama pokok-pokok di laman Maria... 
salam kenal dan selamat membaca :)